Piston.my

Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad: RM181,888 – Hanya 200 Unit Ditawarkan

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, telah melancarkan Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad hari ini, mengukuhkan kedudukannya dalam segmen trak pikap di Malaysia. Sejajar dengan pelancaran model baharu ini, SDAC membuka tempahan dalam talian menerusi shop.sdacford.com.my yang membolenkan pelanggan menempah semua model Ranger dan Everest di dalam talian. Malah Ranger StormTrak disediakan secara eksklusif di dalam talian, dengan hanya 200 unit ditawarkan.

Menggabungkan keupayaan lasak, ciri premium dan teknologi tiada tandingan, Ranger StormTrak yang dinaik taraf bermodelkan Ranger Wild Trak sememangnya diminati ramai bagi memenuhi keperluan pelbagai gaya hidup untuk mereka yang berani dan suka akan pengembaraan.

Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad memperlihatkan Skim StormTrak dengan bahagian luar dan dalam yang unik, melambangkan semangat kembara dan gaya. Ciri-ciri lain termasuk roda 20 inci dengan cat Hitam Asfalt matte dan sisipan roda Merah Race, gril dan bampar Skim StormTrak yang menyerlah dan juga lambang dan reka bentuk yang mencerminkan statusnya sebagai kenderaan edisi terhad.

Di bahagian dalam pula, daya tarikan Skim StormTrak menarik terus menonjol dengan papan pemuka yang dihiasi jahitan Merah Race, kerusi yang memaparkan Logo StormTrak, jahitan Merah Race, dan sisipan suede Miko, yang memberikan penampilan kabin yang mewah lagi bergaya.

Untuk meningkatkan fungsinya, Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad dilengkapi beberapa ciri yang pertama kali diperkenalkan dalam kelanya, yang direka untuk pengembaraan. Antaranya termasuk Lampu Sokongan untuk menerangi jalan lasak yang gelap, Pencahayaan Zon untuk mencerahkan lagi ruang di sekeliling kereta, dan lampu kargo untuk memudahkan proses memuatkan dan memunggah barang.

Inovasi Ranger StormTrak diteruskan dengan Sistem Rak Fleksibel dan Rel Bumbung Boleh Ayun Posisi, membolehkan pelarasan palang sukan dilakukan dengan satu tangan, sambil menyokong pelbagai jenis muatan sehingga 80 kilogram (dinamik) dan 250 kilogram (statik), ini amat sesuai dan praktikal untuk memenuhi keperluan kembara dan kerja. Kenderaan ini juga dilengkapi teknologi canggih seperti Penukar Gear Elektronik dengan transmisi automatik 10 kelajuan, Tekanan Brek Auto dan Bantuan Letak Kereta Aktif 2.0, dimana ciri-ciri yang turut disediakan dalam Ranger Raptor dan Everest Titanium.

Dengan penekanan kukuh terhada pengalaman pelanggan di bilik pameran dan saluran digital, SDAC menyediakan perkhidmatan lebih mudah menerusi khidmat tempahan dalam talian di laman webnya. Menerusi platform yang dinaik taraf ini, pelanggan di seluruh negara boleh melayari laman sesawang dan menempah Ranger atau Everest pilihan mereka. Pelanggan yang menempah Ranger StormTrak akan menerima jaket Pengadang Angin Ranger StormTrak yang diberikan semasa penyerahan kenderaan, membolehkan pemilik menggayakan jaket bergaya yang sedondon dengan kenderaan mereka.

Dilengkapi dengan enjin Bi-Turbo 2.0L, Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad dijual pada harga daripada RM181,888.00 (di jalan raya, tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, RM188,288.00 (di jalan raya tanpa insurans) di Sabah, RM188,288.00 (di jalan raya tanpa insurans) di Sarawak. Kenderaan ini disediakan dalam tiga warna luar: Putih Artik, Kelabu Meteor dan Hitam Mutlak.

Miliki Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad secara eksklusif di https://shop.sdacford.com.my/vehicle/ dan dapatkan hadiah tempahan istimewa: jaket pengadang angin Ford Ranger Edisi Terhad percuma. Layari www.sdacford.com.my, atau lkuti Ford Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter atau YouTube untuk terus mengikuti berita dan pengumuman terkini.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan