Sebagai innovator dan perintis kenderaan elektrik, Nissan bersedia untuk mengambil satu langkah lagi dalam mobiliti elektrik melalui teknologi gemparannya, e-POWER. Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., pengedar rasmi kenderaan Nissan di Malaysia, telah mengujakan pengunjung dan pembeli kenderaan dengan ketrampilan e-POWER di Malaysia Autoshow 2024.
Sistem pemacu e-POWER merupakan teknologi unik Nissan. Ia menggunakan enjin petrol dan bateri Litium-ion untuk menjana motor elektrik – motor electric semata-mata untuk memacu roda. Ia bertindak seperti kenderaan elektrik, memberikan tork serta-merta dan mempunyai pelepasan ekzos dan kos operasi yang lebih rendah berbanding dengan enjin pembakaran tradisional, tetapi tanpa memerlukan pengecasan. Selain enjin petrol, e-POWER juga menggunakan brek janaan semula untuk memastikan bateri diisi semula.
Nissan e-POWER ialah rangkaian kuasa pemacu elektrik yang inovasi dan memenangi anugerah yang menyepadukan enjin pembakaran dalaman dengan motor elektrik. Sedangkan enjin hanya digunakan untuk menjana eletrik, maka roda 100% digerakkan oleh motor keluaran tinggi. Sama seperti kenderaan EV, e-POWER dapat menawarkan tindak balas pendikit dengan serta-merta kerana motor elektrik boleh menjana tork maksimum dengan serta-merta. Rangkaian kuasa pemacu elektrik Nissan e-POWER mendapat pengiktirafan “Technology of the Year” dari Automotive Researchers & Journalists’ Conference of Japan (RJC) pada tahun 2021.
Kawalan motor e-POWER, integrasi rangkaian kuasa dan teknologi pengurusan bateri memanfaatkan pembangunan luas Nissan dalam EV. Koponen utama sistem e-POWER terdiri daripada bateri Litium-ion, motor elektrik berkuasa tinggi, inverter, generator dan enjin pembakaran dengan kecekapan termal terkemuka dalam kelas.
Tidak seperti hybrid pengecasan sendiri konvensional yang roda terutamanya dipacu secara langsung oleh ejin, sistem kawalan pintar e-POWER melaraskan operasi enjin secara bebas berdasarkan faktor seperti kelajuan kenderaan, keadaan jalan raya, tahap pecutan dan tahap pengecasan bateri. Hasilnya, ia menawarkan pemanduan yang senyap dan diperhalusi dengan operasi enjin yang kurang kerap berbanding dengan hybrid konvensional.
Pada kelajuan rendah hingga sederhana, seperti pemanduan di kawasan bandar, kenderaan ini digerakkan terutamanya oleh motor elektrik yang dikuasakan oleh bateri litium-ion untuk prestasi seperti EV. Semasa dipandu dengan kelajuan tinggi dan kendengaran bunyi berguling, enjin berada pada tahap RPM optimum untuk menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk menggerakkan motor, dan apabila pecutan yang kuat diperlukan, motor akan menggabungkan tenaga elektrik yang dihasilkan oleh enjin dan elektrik daripada litium-ion untuk memberi kuasa pada kenderaan.
Sama seperti EV, e-POWER juga menawarkan kemudahan pemanduan satu pedal. Operasi pedal brek boleh dikurangkan hampir 70% melalui brek janaan semula yang boleh memperlahankan kenderaan sambil mengecas semula bateri.