Piston.my

Proton Akan Pamerkan Kereta Lumba S70 R3 di Malaysia Autoshow 2024

Proton akan melancarkan kereta lumba Proton S70 R3  yang dibangunkan oleh R3 Motorsports di Malaysia Autoshow 2024 yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian  Malaysia Serdang (MAEPS). Proton S70 R3 merupakan kereta lumba serba baharu pertama Proton R3 sejak  Proton Saga R3 pada tahun 2019, menandakan kembalinya jenama tersebut ke perlumbaan S1K sejak tahun itu.  Setakat hari ini, Proton R3 mempunyai lima kemenangan di tangannya, lebih banyak daripada pasukan yang lain,  termasuk meraih kemenangan selama tiga tahun berturut-turut dari 2017 hingga 2019. 

Mesin lumba serba baharu ini adalah terusan dari legasi perlumbaan Proton, yang bermula dari era sebelum  R3 apabila syarikat bersaing dalam rally dan perlumbaan litar dengan Proton Saga. Masih lagi dalam  pembangunan, kereta yang dipamerkan menampilkan evolusi terbaru pakej aerodinamik yang disesuaikan untuk  kereta lumba ini. Dua unit kereta baharu ini bakal diperjuangkan oleh pasukan pada perlumbaan Sepang 1,000km  tahun ini. 

Sebagai kereta lumba yang menandakan Proton kembali ke Perlumbaan Endurance 1000km Sepang (S1K), anda boleh menjangkakan ia sangat berbeza daripada kereta jalan raya. Bahagian dalamannya akan tiada sebarang keselesaan seperti aircond dan sebarang bentuk hiburan. Sebagai gantinya, anda boleh mengharapkan bahan keselamatan seperti tempat duduk bucket sport ringan, harnesses perlumbaan penuh dan sistem kalis api, antara lain.

Walau bagaimanapun, perubahan terbesar ialah enjin. Berdasarkan pemahaman kami tentang peraturan S1K, peraturan tidak membenarkan penggunaan enjin tiga silinder. Jadi sebagai gantinya mungkin enjin empat silinder yang dibina oleh Geely.

Kami akan mendapat maklumat lanjut dan pengesahan serta gambar sebaik sahaja kami melihat kereta itu esok.

Tawaran menarik dari PROTON di Malaysia Autoshow 2024 

Pembeli dan pengunjung dapat meningkatkan pengalaman mereka di Malaysia Autoshow 2024 dengan promosi  eksklusif dan ganjaran dari Proton sepanjang acara tersebut. Pengunjung yang terus membuat tempahan  model Proton akan menerima hadiah eksklusif seperti pelindung matahari, pembaca tol, dan pengecas tanpa  wayar untuk model terpilih. Promosi istimewa juga ditawarkan khusus untuk tempahan yang dibuat di Malaysia  Autoshow dengan pendaftaran sebelum 30 Jun 2024. Ini termasuk penyelenggaraan percuma selama dua tahun  untuk model X50, X70, dan X90 serta baucar tunai RM500 untuk model Proton S70, Saga, dan Persona.  Terdapat juga Test Drive Lucky Spin di mana peserta dapat memutar roda bertuah untuk memenangi barangan  eksklusif Proton setelah memandu uji model Proton.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan