Piston.my

Ulang Tahun ke-90 Jaguar: Edisi Khas F-PACE Mempamerkan Legasi dan Masa Depan

Jaguar meraikan ulang tahunnya yang ke-90 dengan edisi khas SUV prestasi mewah F-PACE, yang menonjolkan warisan reka bentuk, prestasi, dan inovasi jenama itu ketika menuju ke arah masa depan elektrik. Edisi khas F-PACE ini dibezakan dengan lencana ’90 Anniversary’ yang unik dan menggabungkan elemen reka bentuk dari trim R-Dynamic. Ia hadir dengan cat badan khas, kaca berwarna, dan roda aloi berlian dalam saiz antara 19 hingga 21 inci yang memberikan penampilan anggun dan sporty.

Di bahagian dalam, F-PACE edisi khas ini dilengkapi dengan tempat duduk sport yang mempunyai jahitan kontras, bumbung yang ada trim kayu hitam, dan insert aluminium yang menambah sentuhan kemewahan dan kecanggihan. SUV ini juga dilengkapi dengan teknologi canggih, termasuk kamera pandangan sekeliling 3D untuk memastikan keselamatan dan kemudahan pemanduan yang lebih baik.

Pilihan enjin untuk edisi khas ini merangkumi diesel hibrid ringan dengan 163PS dan 204PS, serta hibrid plug-in dengan 404PS. Namun, varian petrol hibrid ringan 400PS dan V8 supercharged dengan 575PS dan 700Nm tork daripada varian SVR tidak disertakan dalam edisi ini.

Edisi khas ini menandakan berakhirnya barisan F-PACE kerena Jaguar bersiap untuk transformasinya menjadi jenama elektrik sepenuhnya menjelang 2025. Langkah pertama dalam transformasi ini adalah pelancaran model GT baharu, berdasarkan platform khusus, yang dijangka akan diperkenalkan sebagai konsep pada akhir tahun ini.

 

 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan