Penampilan gah dan inovasi ternyata menjadi gandingan kejayaan Ford Ranger. Bagi meneruskan momentum kecemerlangan dan memanfaatkan sambutan luar biasa kepada Ford Ranger Platinum, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, akan melancarkan model terbaharu dalam rangkaiannya, Ford Ranger edisi terhad. Dilengkapi ciri-ciri mewah untuk memantapkan keupayaan dan sifat serba gunanya, Ford Ranger edisi terhad mencerminkan gaya hidup sebenar hari ini, yang bakal menambat hati peminat setia sambil meluaskan daya tarikannya kepada kumpulan pelanggan yang lebih besar.
Pelancaran Ford Ranger edisi terhad terbuka kepada orang ramai dari 30 Mei hingga 2 Jun 2024 di One Utama Luxe, New Wing. Rebut peluang ini untuk melihat sendiri model yang lasak namun mewah, yang direka untuk menambah baik pengalaman kembara luar. Pelanggan dan peminat Ford boleh memandu uji Ford Ranger edisi terhad dan juga rangkaian kenderaan Ranger dan Everest lain, untuk merasai pengalaman menyeluruh yang merangkumi pelbagai kenderaan serba boleh. Pelanggan yang berminat boleh membuat pra-pendaftaran untuk acara ini dengan melayari www.sdacford.com.my.
Dengan gandingan keupayaan kembara dan kecanggihan teknologi yang tiada bandingan, SDAC menerapkan pendigitalan untuk memastikan ia boleh dimanfaatkan oleh semua segmen pengguna. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menyediakan titik sentuh yang menyenangkan pelanggan, tempahan hanya dibuka di dalam talian mulai 30 Mei 2024 di https://shop.sdacford.com.my/vehicle/. Memandangkan model edisi terhad disediakan secara eksklusif, ini merupakan satu-satunya peluang untuk menempah Ford Ranger edisi terhad.
Sebagai model edisi terhad, pelanggan yang membuat tempahan di dalam talian akan menerima jaket pengadang angin Ford Ranger edisi terhad percuma semasa penyerahan kenderaan, menambah lagi sentuhan eksklusif kepada aktiviti pengembaraan mereka yang akan datang.
Sejak pelancaran Ford Ranger Generasi Baharu pada 2022, para pemilik kenderaan baharu juga dijemput menjadi ahli Ford Inner Circle, komuniti individu sehaluan yang menghargai gaya hidup menarik bersama kenderaan luar biasa ini. Keahlian dalam Ford Inner Circle bukan sahaja membuka pintu kepada bengkel eksklusif pemilik, tetapi juga menjemput pemilik untuk menyertai Ford Ranger Getaways. Pengembaraan khas ini direka untuk menunjukkan kepelbagaian Ford Ranger di merata landskap dan aktiviti, memupuk rasa kesatuan di kalangan pemilik ketika mereka meneroka keupayaan kenderaan mereka bersama-sama.
Pengunjung boleh meneroka Ford Experience Hub, pengalaman jerayawara yang pasti menarik hati semua peminat Ford. Hab tersebut menawarkan Ford Ranger Getaways, barangan rasmi Ford dan sebuah ruang santai podcast khusus untuk menyaksikan “Ford: Built for Life Podcast.” Podcast ini ialah inisiatif sulung industri di Malaysia, yang berkongsi kisah-kisah yang belum lagi disampaikan dan maklumat berguna daripada pakar Ford dan Ford Permormance, memberikan perspektif unik dan kisah di belakang tabir tentang Ford dan kenderaannya.