Piston.my

Proton Menang Dua Anugerah Untuk Model Terbaharunya

Proton bersama anak syarikatnya PRO-NET, meraikan  pencapaian luar biasa pada majlis Anugerah Allianz DSF.my Vehicle Of The Year (VOTY) 2024 dengan merangkul dua anugerah berprestij untuk model terbaharunya. Peneraju pasaran sedan segmen C, Proton S70 Flagship X  menerima pengiktirafan pertama apabila memenangi kategori Sedan of The Year, walaupun di pasaran kurang  daripada enam bulan.

Sementara itu, smart #1 BRABUS yang dilancarkan pada November 2023 dan diedarkan  secara eksklusif di Malaysia oleh PRO-NET, menewaskan pesaing-pesaing yang kuat untuk memenangi  Anugerah Electric Crossover of The Year

Kedua-dua pemenang anugerah mewakili perubahan ketara dalam hala tuju Proton, dengan Proton S70  sebagai sedan serba baharu pertama yang dibangunkan bersama Geely.

Manakala smart #1 yang direka oleh  Mercedes-Benz merupakan kenderaan elektrik bateri (BEV) pertama yang diperkenalkan oleh Syarikat dan  merupakan perintis kepada ketibaan lebih banyak kenderaan EV pada masa depan termasuk model pemasangan  tempatan dibawah lambang Proton. Pengiktirafan yang diperoleh dengan anugerah itu adalah bukti keberkesanan  model perniagaan baharu. 

 

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan