Piston.my

ETCM Naik Taraf Bilik Pameran Di Seluruh Negara Dengan Konsep Runcit Nissan

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) memperkenalkan konsep NRC-NEXT untuk sebuah lagi bilik pameran Nissan di Cyberjaya, Selangor. Usaha transformasi bilik pameran ini adalah susulan kepada tiga bilik pameran yang sebelumnya, termasuk Pusat Flagship Nissan 3S  di Petaling Jaya yang direka bentuk semula dan dinaik taraf sejak dua tahun lalu. Konsep bilik pameran baharu ini membuktikan lagi komitmen syarikat dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang unggul dan meningkatkan kepuasan pelanggan semasa mereka berinteraksi dengan jenama Nissan. 

Konsep Runcit Nissan bertujuan untuk menginovasikan pengedar Nissan dan menyampaikan standard perkhidmatan bertaraf dunia kepada pelanggan Nissan di seluruh dunia. Ia bertumpu pada mempamerkan nilai jenama Nissan sepanjang masa pelanggan berada di pusat flagship ini, sama ada untuk memandu uji model terkini atau menghantar kereta untuk servis biasa. Setiap titik sentuh kemudahan runcit yang mematuhi konsep NRC atau NRC-NEXT telah pun direka bentuk dan diperhalusi semula untuk menyampaikan keseronokan dan kepuasan kepada pelanggan.

Selaras dengan dedikasinya untuk berada di hadapan, ETCM menganugerahkan perkongsian peniagaan kepada Evo Mobility Sdn. Bhd. (EVO) di Cyberjaya untuk memenuhi keperluan komuniti berdekatannya pada akhir tahun 2023. EVO mempunyai pengalaman perniagaan dalam pengedaran bahan api yang kukuh dan teguh di kawasan selatan lebih daripada dua dekad, dan kini ia ingin berkembang dan menerokai ruang automotif. 

Terletak di bandar Autoville Cyberjaya yang berkembang pesat, satu-satunya hab khusus yang dibenarkan untuk menjalani perniagaan automotif dan perkhidmatan pembaikan kereta di Cyberjaya, Pusat 3S Nissan bernilai RM1.5 juta baharu ini telah mula beroperasi pada awal Januari 2024. Ia mengisi jurang penting dalam pasaran kerana dapat memenuhi keperluan pelanggan baharu yang berpotensi dari Cyberjaya, Sepang dan Putrajaya dengan strategik.

Cawangan yang baharu dibuka dengan saiz keluasan keseluruhan 7,300 kaki persegi itu mampu mempamerkan sehingga lima model Nissan, serta menyediakan rangkaian kenderaan pandu uji yang menawarkan pengalaman langsung kepada pelanggan, dan ruang penghantaran kenderaan baharu yang tersedia dengan ruang istirehat pelanggan yang selesa. Kedua-dua ruang servis itu mampu menampung sehingga 200 servis setiap bulan, justeru memastikan kerja penyelengaraan dan pembaikan yang cekap dan tepat pada masa.

Sebagai tambahan kepada pembukaan yang menarik ini, ETCM akan terus menaik taraf bilik pamerannya yang sedia ada di seluruh negara untuk memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin berkembang dan meningkatkan tahap kepuasan di semua titik sentuh dengan jenama Nissan, yang sudah pasti akan mengukuhkan lagi kedudukan ETCM sebagai peneraju pengalaman pelanggan dalam peruncitan automotif.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan