BMW Malaysia telah melancarkan BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu – edisi kedua bagi kenderaan elektrik penuh serba boleh yang berjaya, kini menampilkan perincian gaya baharu pada bahagian luaran, dalaman yang mewah dan sistem penggerak yang dikemaskini untuk pemanduan yang lebih menyeronokkan. BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu ini boleh ditempah mulai 1 Mei dan seterusnya di pengedar sah BMW seluruh negara.
Pengenalan BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu ini mencatatkan kemajuan yang membanggakan dalam teknologi automotif, membawakan pelbagai ciri memikat yang mentakrifkan semula pengalaman pemanduan. Pada pandangan pertama, pemilik BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu akan disapa oleh penampilan gahnya yang tersendiri dengan sokongan kit M Sport, di samping kemewahan reka bentuk dalamannya sekaligus memancarkan aura sofistikated pada SAV kompak baharu ini.
BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu ini mempersembahkan reka bentuk gril kidney tertutup yang diperbaharui, dicirikan oleh garisan dan permukaan yang memanjang ke luar dalam bentuk X. Elemen reka bentuk tersendiri tersebut memperlihatkan kenderaan dengan estetika kemas dan sporty, menjadikannya simbol inovasi automotif moden. BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu dilengkapi lampu hadapan dengan kemasan bergaya dan dihiasi lampu nyalaan siang yang menawan, sekaligus menambahkan sentuhan magis pada reka bentuknya.
Di sepanjang sisi BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu ini, terdapat pemegang pintu rata yang kemas dan lengkung roda yang tersendiri, elemen ikonik dalam reka bentuk BMW X. Elemen tambahan penuh bergaya ini dipertingkatkan dengan kit M Sport yang memancarkan aura berani dan dinamik, serta meningkatkan daya tarikan estetik kenderaan bagi mereka yang mementingkan prestasi dan gaya. Kenderaan ini turut menampilkan lampu hadapan tiga dimensi dengan teknologi standard LED penuh serta lampu belakang ikonik berbentuk L yang menjadi ciri utama untuk model BMW X1.
Bahagian dalaman BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu ini dilengkapi dengan paparan melengkung BMW Curved Display yang berorientasikan pemandu, menampilkan gabungan paparan kluster instrumen resolusi tinggi 10.25 inci dan paparan kawalan 10.7 inci. SAV ini juga menampilkan BMW Live Cockpit Professional, dikuasakan oleh sistem operasi terkini BMW Operating System 9 yang menyediakan antara muka pengguna yang lebih intuitif buat pemandu, melengkapkan BMW Curved Display dengan sempurna.
BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu dikuasakan oleh motor segerak elektrik (EESM) yang kompak pada gandar hadapan, disokong oleh bateri berketumpatan tenaga tinggi 64.8 kWj. Dengan teknologi overboost, SAV ini menghasilkan sehingga 204hp dan tork puncak 250Nm. Selain itu, BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu ini mencapai kelajuan maksimum 170km/j, melengkapkan pecutan pegun hanya dalam 8.6 saat dan ditambah dengan julat mengagumkan sehingga 475km (WLTP), sekaligus memastikan perjalanan jarak jauh yang selesa.
BMW iX1 eDrive20 M Sport sekali lagi dianggap sebagai kenderaan yang sempurna untuk pemanduan di bandar berikutan teknologi luar biasanya untuk pengecasan pantas dalam apa jua keadaan dengan keupayaan mengecas pada kelajuan 11kW dan kelajuan pengecasan arus terus (DC) sehingga 130kW. Pada kadar pengecasan yang tinggi, BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu boleh menempuh jarak sejauh 120 kilometer dengan hanya 10 minit pengecasan. Pemilik BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu boleh menikmati manfaat daripada lebih 2,020 kemudahan pengecas, yang disediakan oleh BMW Group Malaysia melalui kerjasama dengan penyedia pengecas tempatan terkemuka.
Pemilik BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu juga akan mendapat manfaat daripada pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang lengkap, termasuk Waranti Bateri 8 Tahun / 160,000km, Bantuan Tepi Jalan, Talian Kemalangan dan Perkhidmatan BMW Dalam Talian. Harga runcit yang disyorkan untuk BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu ialah RM249,800.00, dengan tambahan pilihan untuk BMW Service & Repair Inclusive tersedia pada harga RM14,200.00.