Dalam kehangatan amalan menderma pada bulan Ramadan yang mulia ini dan sambutan Aidilfitri bakal menjelma, smart Malaysia menawarkan diskaun eksklusif 30% ke atas kadar bayaran pengecasan awam untuk pemilik kereta smart, khas untuk pembayaran melalui Aplikasi Hello smart. Inisiatif ini adalah hasil daripada kerjasama erat dengan Penyedia Perkhidmatan Pengecasan (CPO) melalui integrasi sistem di atas talian. Tempoh sah dari 6 hingga 14 April 2024, promosi ini ditawarkan khusus untuk kemeriahan ‘Balik Kampung’, menjadikan perjalanan lebih mudah dan berpatutan buat pelanggan.
Manfaatkan penjimatan 30% dengan Aplikasi Hello smart yang memberikan pengguna akses ke rangkaian stesen pengecasan di seluruh negara, dengan lebih 1,000 pengecasan awam telah disediakan. Pemilik boleh mencari lokasi pengecasan yang berhampiran, memeriksa status penggunaan stesen, dan memulakan sesi pengecasan dengan mudah. Selain itu, kemudahan ini meliputi stesen rakan kongsi seperti Gentari, JomCharge, dan chargEV di lebih daripada 400 lokasi di seluruh negara, termasuk pusat membeli-belah, bangunan pejabat, dan fasiliti tempat letak kereta awam.
Untuk pengalaman yang lebih eksklusif, pemilik kereta smart boleh melawat cawangan smart yang berhampiran, dilengkapi dengan stesen pengecasan pantas. Ketika kenderaan mereka sedang mengecas, pemilik boleh menikmati kemudahan di pusat pengedar, termasuk kawasan menunggu yang selesa serta lengkap dengan hidangan. Pendekatan inovatif ini tidak hanya menawarkan infrastruktur pengecasan yang mudah, tetapi juga meningkatkan pengalaman semasa di pusat pengedaran, memastikan bahawa pelanggan menikmati kesenangan dan keselesaan semasa lawatan mereka.
Hanya log masuk ke Hello smart App, terus ke tab kenderaan anda, dan terokai Peta Pengecasan kami. Pilih tempat pengecasan yang bersesuaian, dan dengan hanya beberapa ketikan, aplikasi Hello smart akan memaparkan kadar bayaran yang lebih rendah secara automatik sepanjang tempoh ini. Promosi ini sah untuk sebarang kaedah bayaran atas talian serta penebusan mata smart.
Memperkenalkan Tawaran ‘smart Ri-Ya’ yang sedang berlangsung, di mana pemilik baharu boleh menikmati tawaran istimewa yang menampilkan kadar faedah rendah bermula 1.15% dan disertakan smartCharge Home Charger percuma yang bernilai RM3,200 dengan jaminan selama (2) tahun bagi semua pelanggan baru. Selain itu, pembeli akan menerima kredit pengecasan bernilai RM3,888 dengan pembelian mana-mana varian smart #1 dari sekarang hingga 30 April 2024.
Lawati bilik pameran smart di bawah sempena Rumah Terbuka yang akan berlangsung pada 9 & 20 April serta 4 Mei 2024 untuk menguji dan mengalami Teman Bandar Premium smart #1.
19 April 2024 (10am – 5pm):
– smart Alor Setar (Lee Motor)
– smart Penang (Eleganz Lifestyle)
– smart Ipoh (GB Auto)
– smart KL (Hap Seng)
– smart Balakong (Hap Seng)
– smart Melaka (Sigma Energy EV)
– smart Johor Bahru (Motor Future)
– smart Damansara (Smart Mobility)
– smart Setia Alam (Wheelcorp EV)
4 May 2024 (10am – 5pm):
– smart Glenmarie (EON)