Piston.my

Chery Memperluas Operasi Di Malaysia Dengan Pembukaan Pusat Pameran Di Sabah

Chery Malaysia memperkenalkan pusat pameran dan pusat servis Chery baru di Sabah, yang dimiliki dan dioperasikan oleh rakan-pengedar Universal Chery Sdn Bhd.

Terletak di Lot 7, Jalan Limau Manis Off Jalan Lintas Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah, pusat 3S baru ini meliputi 1,400 meter persegi, menawarkan pengalaman komprehensif dalam melihat kenderaan, perkhidmatan pelanggan, dan penyelenggaraan.

Pelanggan boleh melihat dengan lebih dekat kenderaan Chery di pusat pameran, merasai ruang tunggu yang selesa semasa menunggu kenderaan mereka di pusat servis. Pusat servis ini mempunyai 8 ruang (bay) servis yang diuruskan oleh juruteknik terlatih Chery, mampu menyelenggara sehingga 830 kenderaan setiap bulan.

Chery Automobile Co., Ltd., pengeluar kereta utama berasal dari Wuhu, China, telah menjadi pemain penting dalam industri automotif sejak penubuhannya pada tahun 1997. Terkenal dengan pelbagai kenderaan penumpang, SUV, dan kenderaan elektrik, Chery telah memperoleh kedudukan yang penting di pasaran tempatan dan antarabangsa, mengeksport kenderaan ke lebih dari 80 negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Chery telah menjadi jenama terkemuka di China dalam pasaran ekspot selama 21 tahun berturut-turut. Chery Malaysia, anak syarikat jenama itu, telah dilancarkan di Malaysia di Julai 2024, memperkenalkan model Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro yang sangat dinantikan. Awal bulan ini (Mac 2024) Chery Malaysia telah melangkah ke dalam pasaran kenderaan elektrik dengan pelancaran EV pertamanya, iaitu Omoda E5.

Pusat pameran ini dibuka setiap hari – dari 8.30 pagi hingga 6 petang (Isnin – Jumaat), 8.30 pagi hingga 4 petang (Sabtu) dan dari 10 pagi hingga 3 petang (Ahad dan Cuti Umum). Pusat servis dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang (Isnin – Jumaat) dan dari 8 pagi hingga 3 petang (Sabtu); ditutup pada hari Ahad dan Cuti Umum.

Chery Kota Kinabalu – Universal Chery Sdn Bhd adalah salah satu daripada 40 wakil pengedar Chery di seluruh negara. Untuk senarai terkini pengedar jualan Chery di Malaysia, sila layari https://www.chery.my/dealer-locator

Lawati Chery Kota Kinabalu untuk melihat rangkaian kenderaan Chery dari Omoda 5 ke Tiggo 8 PRO dan dari 22 Mac 2024 untuk melihat Omoda E5, EV pertama Chery.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan