Piston.my

BMW Malaysia Memperkenalkan BMW i5 eDrive40 M Sport yang Dipertingkatkan – 340hp, Julat Elektrik 582km

BMW Malaysia hari ini memperkenalkan versi terkini BMW i5 eDrive40 M Sport yang sangat dikagumi. Sedan elektrik penuh yang melambangkan mobiliti masa hadapan ini telah membuat kemunculan yang menggegarkan pasaran Malaysia pada akhir 2023, dan kini hadir dengan keupayaan pengecasan yang lebih canggih serta fungsi yang diperkemaskan, sejajar dengan kedinamikan BMW 5 Series yang tiada tandingannya. 

Versi terbaharu BMW i5 eDrive40 M Sport ini diangkat sebagai ikon dalam reka bentuk dan inovasi sedan moden, dengan ciri teknologi yang diperkasakan, mengukuhkan standard untuk mobiliti elektrik dalam pasaran tempatan. Masih mengekalkan penampilan elegan dan prestasi dinamik sebagai sedan paling ikonik di dunia, BMW i5 eDrive40 M Sport kini menawarkan kecekapan pengecasan yang dipertingkatkan, dan ringkasan rekaan yang melambangkan gabungan harmoni gaya sofistikated dan sporty.

BMW i5 eDrive40 M Sport kini dilengkapi dengan Pengecas Profesional AC (Arus Ulang Alik) sebagai standard, membawakan peningkatan luar biasa terhadap kecekapan pengecasan kenderaan yang sesuai dengan sedan eksklusif. Ciri baharu ini membolehkan masa pengecasan dikurangkan dengan ketara, sama ada di rumah atau di stesen pengecas AC awam, dengan keupayaan pengecasan baharu 22 kW. Penambahbaikan ini memberikan pengalaman pengecasan yang lebih efisien dan mudah, apabila pengecasan dari 0 hingga 100 peratus kini boleh dicapai dalam tempoh kurang dari 4 jam 15 minit. Sebaliknya, pengecas AC 11kW pula hanya mampu mengecas EV dari 0 hingga 100 peratus dalam tempoh 8 jam 15 minit. Tambahan lagi, BMW i5 eDrive40 M Sport akan terus dilengkapi dengan pengecas DC berkuasa tinggi hingga 205 kW, mempercepatkan pengecasan dari 0 hingga 80 peratus dalam tempoh 34 minit sahaja.

Pemilik BMW i5 juga boleh menikmati akses pengecasan di lebih 1,700 stesen pengecas di seluruh negara, hasil daripada jalinan kerjasama BMW Malaysia dengan penyedia stesen pengecas EV tempatan yang terkemuka. Kerjasama dengan ChargeEV dan Yinson GreenTech sahaja memberikan akses kepada lebih 400 stesen pengecas, manakala usahasama dengan JomCharge, Gentari, ChargeN’Go, ChargeSini, Go To-U dan FlexiParking pula menyumbang lebih kurang 160 lagi kemudahan di seluruh negara. Kerjasama strategik ini bukan sahaja mengukuhkan masa depan mobiliti di Malaysia malah menjamin akan setiap aspek pengalaman Pemilikan Elektrik Premium adalah sejajar dengan perkembangan landskap mobiliti elektrik.

BMW i5 eDrive40 M Sport mengekalkan output maksimum yang mengagumkan sebanyak 340hp, ditambah dengan julat elektrik yang luar biasa hingga 582 km (WLTP). EV ini juga mengekalkan bateri voltan tingginya yang terletak di bahagian bawah kenderaan, dengan kapasiti bateri optimum 83.9kWj, merupakan asas bagi julat yang mengagumkan untuk sedan premium ini. Kehebatan prestasi BMW i5 eDrive40 M Sport diperkukuhkan lagi dengan kemampuan tork maksimum 430Nm dalam mod Sport Boost, memacu dari 0 hingga 100km/j dalam hanya 6.0 saat dan mencapai kelajuan tertinggi 193km/j.

BMW i5 eDrive40 M Sport menampilkan jalur LED vertikal yang menghiasi lampu hadapan sekaligus membangkitkan identiti yang memukau pada waktu siang dan malam. Komponen gril ‘kidney, yang memetik inspirasi daripada rekaan ikonik ‘Sharknose’, dipadankan penuh gaya bersama garis kontur BMW Iconic Glow, memancarkan penampilan luaran yang gah dan menakjubkan, pastinya mencuri perhatian ramai. Melengkapkan estetika keseluruhan sedan ini adalah Garisan Bayang (Shadow Line) M berglos tinggi, yang memberi kemasan unggul pada bayang kenderaan.

BMW i5 eDrive40 M Sport mengekalkan BMW Operating System 8.5 yang mempunyai kepintaran yang tinggi, memaparkan pelbagai inovasi digital yang unik untuk ketersambungan yang optimum buat pemandu, seperti BMW Intelligent Personal Assistant, BMW Maps dan Digital Key Plus dengan teknologi radio Ultra Wideband (UWB) yang telah dioptimumkan tahap keselamatannya.

Rekaan dalaman yang mewah terserlah sebagai ciri utama BMW 5 Series, dilengkapi dengan BMW Curved Display di bahagian hadapan dan tengah, serta digandingkan bersama panel instrumen 12.3-inci dan paparan kawalan skrin sentuh 14.9-inci – termasuk kemudahan interaksi serba intuitif dan komunikasi digital sepenuhnya melalui bahasa natural serta operasi sentuhan. Pengalaman pemanduan ditingkatkan lagi dengan kejelasan audio menerusi sistem bunyi keliling Bowers & Wilkins, yang mempunyai 18 pembesar suara dan output amplifier sebanyak 655 Watt.

BMW i5 eDrive40 M Sport juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan dan sokongan pemanduan yang canggih, direka untuk memperkayakan pengalaman pemanduan jarak jauh juga di sekitar bandar, termasuk Proactive Care iaitu ciri perkhidmatan pelanggan perintis dalam Pengalaman Pemilikan Premium, Bantuan Pemanduan Profesional, Bantuan Had Kelajuan, kawalan laluan dan panduan navigasi aktif, Perlindungan Perlanggaran Sisi, Amaran Keutamaan Jalan dan Amaran Salah Laluan, Amaran Lalu Lintas dengan fungsi brek, semuanya didatangkan secara standard.

Rekaan mewah diperluaskan di ruang kabin kenderaan, dengan pilihan gah untuk upholsteri seperti Leather Merino Black, Leather Merino Copper Brown dan Leather Merino Silverstone yang unik. Tawaran warna luaran standard untuk BMW i5 eDrive40 M Sport adalah Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Brooklyn Grey Metallic dan Phytonic Blue Metallic. Kini, BMW i5 eDrive40 M Sport menawarkan empat pilihan warna memukau baharu yang menarik, iaitu Sophisto Grey Metallic, Oxide Grey Metallic, Cape York Green Metallic dan Fire Red Metallic.

Dengan pelan pembiayaan Easy Drive daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW i5 eDrive40 M Sport yang diperbaharui ini boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,845.00 (berdasarkan pelan Easy Drive 5 tahun dengan perbatuan 100,000 km dan 80 peratus jumlah pinjaman). Selain itu, pelanggan juga boleh memanfaatkan rebat tunai Easy Drive RM10,000 apabila mendaftar untuk pembiayaan Easy Drive.

Manakala, dengan pelan pembiayaan Straight Line daripada BMW Group Financial Services Malaysia pula, BMW i5 eDrive40 M Sport yang diperbaharui ini boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan bermula daripada RM4,709.00 (berdasarkan anggaran 80 peratus jumlah pinjaman untuk tempoh 7 tahun).

Pemilik BMW i5 eDrive40 M Sport akan menikmati pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang lengkap termasuk:

  • Waranti Perbatuan Tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma
  • Jaminan Bateri selama  8 Tahun oleh BMW / 160,000 km (mana-mana yang dipenuhi dahulu)
  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan BMW
  • Servis Dalam Talian BMW 

Harga jualan yang disyorkan (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW i5 eDrive40 M Sport yang diperbaharui ini adalah RM399,800.00 (di atas jalan, tanpa insurans), dengan tambahan pakej BMW Service & Repair Inclusive tersedia pada harga RM20,300.00.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan