Piston.my

MOTUL Membuka Lembaran Baharu di Malaysia dengan Kekayaan Legasinya

2024 menjadi satu detik yang bersejarah bagi MOTUL berhubung pengumuman rasminya untuk memperkukuhkan penjenamaanya di Malaysia. Langkah strategik ini menyusuli legasi cemerlang MOTUL di Malaysia yang berusia 30 tahun, merapatkan lagi hubungannya dalam pasaran automotif tempatan, serta memperbaharui komitmen MOTUL Malaysia untuk menonjolkan kecemerlangannya dalam teknologi pelincir.

Ditubuhkan pada tahun 1853, MOTUL sinonim dengan inovasi dan kecemerlangannya dalam teknologi pelincir sejak dahulu lagi. Dikenali atas peranan rintisnya dalam industri ini, MOTUL menjadi pilihan para peminat dan warga profesional dari generasi ke generasi dalam dunia automotif. Perkara ini dibuktikan melalui barisan produknya yang komprehensif, dimana setiap satunya diformulasi khusus agar dapat memenuhi standard prestasi dengan reliabiliti yang tinggi.

Legasi jenama ini diwarnai dengan sejarah yang berprestij dalam arena sukan permotoran dan perlumbaan serta didukung oleh usaha sama strategik bersama pasukan-pasukan yang popular dalam pelbagai acara perlumbaan terkemuka di seluruh dunia. Bukan sekadar sukan dan tradisi, MOTUL sentiasa berada di barisan hadapan untuk mencabar batasan prestasi dalam dunia automotif, memastikan setiap produk pelincir keluaran MOTUL menawarkan prestasi dan reliabiliti yang tiada tandingan menerusi sukan perlumbaan.

Sejak lebih 30 tahun yang lalu, MOTUL Malaysia telah memperkukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam sektor automotif Malaysia. MOTUL telah menggandingkan kepakaran global dengan ilmu dan cerapan yang diperoleh daripada pasaran tempatan. Jenama ini terus memberi tumpuan kepada usaha penyelidikan dan pembangunan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan yang unik.

Baru-baru ini, MOTUL telah dinamakan sebagai penaja bagi temasya permotoran “2024 Sepang 12 Hours”. Temasya ini telah menguatkan lagi peranan penting yang dimainkan oleh MOTUL bagi sukan permotoran dengan membekalkan prestasi dan reliabiliti yang tiada bandingannya menerusi produk-produk keluarannya.

Antara rakan utama yang telah bersama kami selama ini, High N Lubricant Sdn Bhd (HIGH N), yang diterajui oleh En. Ti Chin Hwee. Selama 30 tahun, kerjasama ini telah berjaya membina ekuiti jenama MOTUL, bersama-sama berkongsi komitmen untuk membekalkan produk-produk berprestasi tinggi buat para pengguna. Ketibaan MOTUL Malaysia ke pasaran mencerminkan betapa pentingnya usaha sama dengan rakan-rakan yang sehaluan seperti HIGH N, dalam usaha untuk membina kesetiaan pelanggan yang berpanjangan, yakni dalam kalangan peminat automotif di Malaysia. Ketika ini, HIGH N merupakan satu- satunya pengedar makro bagi produk-produk motorsikal MOTUL di Malaysia.

Menjadi teras operasi tempatan MOTUL Malaysia ialah kolaborasi strategik dengan rakan-rakan pengedar yang merentasi rantau-rantau utama di Malaysia. Jaringan ini adalah penting bagi mengukuhkan kedudukan MOTUL di Malaysia, serta untuk melebarkan sayap perniagaannya dengan membekalkan akses kepada produk-produk keluaran MOTUL di seluruh negara. Sebagai contoh, dalam segmen motosikal, HIGH N telah berganding bahu dengan MOTUL selama 30 tahun ia berada di sini, dan telah menunjangi perluasan pengaruh MOTUL Malaysia.

Bagi segmen automotif, rakan-rakan pengedar MOTUL Malaysia meliputi:
▪ Kai Shen Marketing Sdn Bhd; rantau Tengah (Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan & Melaka);
▪ Mr. Lubricant Sdn Bhd; rantau Utara dan Pantai Timur (Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Terengganu, Kelantan, Pahang);
▪ Absolute Top Power Sdn Bhd; rantau Selatan (Johor);
▪ Kai Shen Marketing (EM) Sdn Bhd; Malaysia Timur (Sabah & Sarawak).

Semasa MOTUL membuka lembaran baharunya di Malaysia, jenama ini terus kekal komited terhadap aspek inovasi, kualiti, dan kelestarian. Inisiatif-inisiatif masa depan merangkumi usaha dalam memajukan solusi pelincir mesra alam untuk pasaran automotif Malaysia, serta meneruskan komitmennya terhadap komuniti tempatan. Salah satu fokus inisiatif komuniti adalah Kempen Ganjaran Tunai Pengguna Akhir yang sedang berlangsung sehingga 30 April 2024; butiran lanjut boleh didapati di laman media sosial (Facebook) MOTUL Malaysia.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan