Piston.my

Volvo Car Malaysia Memperkenalkan 2024 C40 Recharge Pure Electric yang Dinaik Taraf

C40 Recharge Pure Electric, kenderaan utiliti sukan Volvo pertama yang ditawarkan sebagai model elektrik sahaja, telah menerima penambah baikan untuk model tahun 2024 dengan tambahan jarak pemanduan sehingga 550km, pengecasan DC yang lebih pantas dengan pek bateri yang lebih besar, dan teknologi lampu hadapan piksel.

Di Malaysia, Volvo Car Malaysia menawarkan motor berkembar terbaiknya, varian pacuan semua roda (AWD) yang menampilkan motor elektrik belakang magnet kekal generasi kedua yang lebih berkuasa dan dibangunkan sendiri oleh jenama tersebut. 

Motor ini akan menggantikan sediaan Volvo C40 Recharge Pure Electric terdahulu yang terdiri daripada dua e-motor 201hp dengan output lebih tinggi sebanyak 245hp pada gandar belakang dan motor elektrik 156hp baharu pada gandar hadapan. Konfigurasi baharu dengan pengeluaran kuasa maksimum sebanyak 402hp ini menekankan penghantaran kuasa di bahagian belakang untuk pengalaman pemanduan yang lebih menarik.

Model yang telah dinaik taraf ini juga mempunyai pek bateri 82kWh berbanding 78kWh pada model sebelumnya. Ianya mampu menerima input maksimum yang lebih tinggi sebanyak 200kW untuk pengecasan DC dan mampu mengecas daripada 10 peratus ke 80 peratus hanya dalam 27 minit.

Dipasangkan dengan konfigurasi motor berkembar baharu dan peningkatan kecekapan keseluruhan dalam penyejukan bateri, pek bateri yang telah dinaik taraf itu juga memberikan Volvo C40 Recharge Pure Electric baharu jarak pemanduan yang lebih baik – 100km lebih daripada versi sebelumnya.

Volvo C40 Recharge Pure Electric ialah kereta elektrik sahaja yang pertama yang dikeluarkan oleh jenama automotif tersebut. Ditawarkan dengan reka bentuk yang bergaya dan dilengkapi dengan teknologi keselamatan yang canggih, kenderaan ini telah menyertai barisan SUV popular Volvo Car Malaysia pada Disember 2022. Peningkatan untuk model tahun 2024 ini mengukuhkan lagi kedudukan jenama tersebut sebagai penggerak utama dalam segmen e-mewah.

Volvo C40 Recharge Pure Electric yang dinaik taraf ini turut menawarkan:

  • Lampu hadapan piksel yang menggunakan sensor untuk mengawal pencahayaan ke hadapan dan mampu melaraskan kecerahan untuk kawasan tertentu. Ianya dapat mengekalkan jarak penglihatan pemandu tanpa menyilaukan lalu lintas dari hadapan.
  • Roda aloi 19-inci baharu yang bukan sahaja meningkatkan rupa keseluruhan tetapi juga membantu mengurangkan seretan melalui reka bentuk aerodinamik.
  • Pilihan warna luaran baharu, Vapour Grey, sebagai tambahan kepada pilihan warna sedia ada – Onyx Black, Crystal White, Fjord Blue dan Sage Green.
  • Perkhidmatan Digital percuma selama 5 tahun untuk akses kepada Google Assistant, Google Maps, Google Play Store dan fungsi jauh aplikasi Volvo Cars.

Paling menarik, Volvo C40 Recharge Pure Electric yang dinaik taraf berharga sama dengan model sebelumnya iaitu RM288,888, dengan pembiayaan yang fleksibel dan kadar faedah yang lebih rendah dengan Volvo Car Financial Services.

Tempahan untuk semua kereta elektrik sepenuhnya Volvo boleh dibuat terus dalam talian di www.volvocars.com/my/cars/c40-electric. Selain itu, mulai sekarang hingga 31 Mac 2024, Volvo Car Malaysia akan menawarkan rebat segera sebanyak RM10,000 untuk tempahan dalam talian Volvo C40 Recharge Pure Electric.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan