Piston.my

BYD Seal Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia dari RM179,800

Sime Darby Motors dan BYD melakar detik bersejarah dalam sektor kenderaan elektrik (EV) Malaysia yang pesat berkembang dengan pelancaran rasmi BYD Seal, model sedan elektrik sepenuhnya serba baharu lagi canggih yang amat dinanti-nantikan. Peneraju gaya, prestasi dan teknologi yang unggul, pelancaran BYD Seal sedia menetapkan piawaian baharu dalam pengalaman pemanduan elektrik, melambangkan kemajuan besar bagi BYD dan sekali gus meneruskan transformasi Malaysia ke arah penggunaan pengangkutan elektrik.

Teras BYD Seal ialah e-platform 3.0 inovatif canggih, yang menjadikannya pelopor keselamatan dan prestasi. BYD Seal ialah model pertama yang dilengkapi teknologi CTB (sel pada badan) inovatif, yang menyepadukan dengan sempurna  Blade Battery (Bateri Bilah) ke dalam struktur kenderaan, memastikan kestabilan dan keselamatan dalam pelbagai keadaan. Disokong oleh teknologi iTAC serba maju, kemajuan ini terus meningkatkan dinamik pemanduan, mengurangkan atau berupaya mengelakkan gelinciran, memanfaatkan sepenuhnya kuasa kenderaan dan memastikan pengalaman memandu yang selamat dan lancar.

Selain ciri-ciri serba maju ini, BYD Seal dilengkapi e-Platform 3.0 yang menjanjikan kepintaran, kecekapan, keselamatan dan estetika yang serba sempurna. Sistem enjin pacuan kuasa elektrik 8 dalam 1 keluaran besar-besaran pertama dunia mengoptimumkan penggunaan ruang dan kecekapan tenaga, manakala sistem pam haba meningkatkan kecekapan haba dan mengurangkan kehilangan tenaga pada pelbagai julat suhu. BYD Seal ialah model pertama untuk mengguna pakai seni bina pacuan roda belakang, melambangkan komitmennya untuk menjangkaui sempadan dan menetapkan piawaian baharu dalam kejuruteraan EV.

Di bawah kepimpinan berwawasan Ketua Pereka Global BYD, Wolfgang Egger, BYD Seal membayangkan era baharu reka bentuk automotif berasaskan falsafah “Ocean Aesthetics” atau Estetika Lautan.

Model terbaharu yang berilhamkan konsep ‘X’ ini menggabungkan gaya dan prestasi dengan reka bentuk aerodinamik sebanding kereta coupe, lantas meningkatkan daya tarikan dan juga kecekapan. Ciri-ciri tersendiri seperti garis badan ombak, cermin titisan air, bumbung kaca panorama dan lampu belakang LED mencerminkan keanggunan semula jadi ombak dan gunung-ganang. BYD Seal, dengan bahagian dalam luas serta ruang but 400L dan tambahan 50L lagi di bawah bonet, menyerlahkan penampilan dengan panjang 4800mm dan lebar 1875mm. Untuk rujukan, Model 3 berukuran 4720mm panjang dan 2089mm lebar.

Dalaman kereta berwarna Hitam Thaumas serta penukar gear kristal menambah sentuhan kemewahan, menghidupkan ciri Ocean Aesthetics yang sebenar. Ia juga menampilkan teknologi automotif moden yang mengagumkan, dengan skrin sentuh berputar 15.6-inci di tengah-tengah kabin, memberikan pemandu antara muka intuitif bagi petunjuk arah, hiburan dan penetapan kenderaan. Paparan  ini disokong oleh sistem kokpit pintar BYD, yang lancar disepadukan dengan Aplikasi BYD, memberikan tahap keterhubungan dan kawalan lebih tinggi.

Fungsi arahan pula memudahkan pemadu berinteraksi dengan sistem kenderaan, menambah lagi kemudahan pemanduan. Sistem bunyi premium HIFI Dynaudio yang disediakan mewujudkan pengalaman mendengar yang mengasyikkan, manakala sistem penapisan lanjutan PM2.5 menjamin persekitaran dalam kabin yang bersih dan sihat, demi kesihatan dan kesejahteraan penghuninya.

Keselamatan dititikberatkan dalam reka bentuk BYD Seal, yang telah diberikan penarafan lima Bintang oleh ANCAP selepas mematuhi kriteria ujian ketat 2023-25. Kombinasi teknologi Blade Battery dan binaan CTB bukan sahaja meningkat kestabilan kenderaan tetapi juga menambah baik profil keselamatannya. Struktur sandwic bateri BYD Seal, laluan transmisi daya teroptimum, dan bateri bertaraf IP67 membuktikan komitmen BYD untuk membina sebuah EV yang mantap dan boleh dipercayai. Dengan ketegaran badan yang lebih kukuh dan ciri-ciri keselamatan pasif, termasuk sembilan beg udara, selain unsur keselamatan aktif seperti ADAS dan sistem kamera resolusi tinggi 360, BYD Seal direka cipta untuk memberikan ketenangan fikiran dalam setiap perjalanan.

BYD Seal membawa pengendalian kenderaan dan keselesaan ke tahap lebih tinggi dengan suspensi depan palang siku berganda dan suspensi belakang berbagai pautan, memberikan kawalan jitu dan pemanduan lancar. Model Premium dan Prestasi AWD menambah baik pengalaman memandu dengan roda aloi 19-inci spesifikasi 235/45 R19 yang menawan. Dipilih khas untuk penampilan visual dan prestasi di atas jalan raya, BYD Seal menjanjikan pengalaman memandu lebih menarik, yang memenuhi kehendak pemandu yang arif.

Sistem kawalan adaptasi tork pintar iTAC memastikan prestasi optimum dalam keadaan memandu yang berubah-ubah, manakala, agihan bebanan gandar depan dan belakang 50:50 menjamin pengalaman memandu yang seimbang dan responsif. Jejari pusingan minimum 5.7 meter memudahkan pergerakan dalam persekitaran bandar yang sempit, menyerlahkan sifat serba boleh BYD Seal sebagai EV yang mesra kota.

Para peminat kereta berprestasi tinggi pasti teruja dengan keupayaan mengagumkan model ini. Dengan rintangan angin sangat rendah pada 0.219Cd, BYD Seal menyediakan julat pemanduan WLTP untuk Premium RWD sehingga 570km.(NEDC 650km) dan 520km/(NEDC 580km) untul Performance AWD, membolehkan perjalanan jarak jauh dengan hentian minimum untuk mengecas semula. Pecutan 0 hingga 100km/j yang dicapai dalam masa hanya 3.8 saat membuktikan kuasa motor, manakala keupayaan pengecasan pantas sehingga 150kW memastikan pemandu boleh mengecas semula dengan kadar segera dan kembali ke jalan raya.

BYD SEAL boleh didapati dalam versi Premium RWD dan Performance AWD, bermula daripada RM179,800 dan RM199,800. Pilihan warna yang disediakan termasuk Biru Artik (eksklusif untuk model Performance), Cosmos Black, Atlantis Grey, dan Aurora White (disediakan untuk Premium). 800 tempahan pertama akan menikmati pengecas wallbox percuma dan kredit cas Gentari atau ChargEV bernilai RM800 secara percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.

BYD dan Sime Darby Motors sukacita mengumumkan beberapa perkembangan terkini menarik bagi kenderaan elektrik BYD SEAL yang dinanti-nantikan. Memperkenalkan dua pakej servis menyeluruh: pakej Standard dan Plus. Tawaran khas ini dirangka untuk memberikan ketenangan minda pengguna dengan khidmat penjajaran, pengimbangan dan penggiliran tayar disertakan untuk kedua-dua pakej tersebut. Pelan servis tersebut dirangka untuk memberikan pemilik pengalaman pemilikan kereta yang mudah, melindungi pelaburan sambil mengurangkan potensi kenaikan harga masa depan, seterusnya menjamin penjimatan kos dalam jangka panjang.

Di samping itu, sebagai bukti komitmennya yang tidak berbelah bahagi terhadap kepuasan pelanggan dan ketenangan fikiran, BYD Seal menawarkan pakej waranti  yang menyeluruh. Pakej ini termasuk waranti kenderaan 6-tahun atau 150,000km, waranti bateri hebat selama 8-tahun atau 160,000km, dan waranti unit pemacu yang setanding, untuk tempoh 8-tahun atau 150,000km. Dengan waranti yang mendahului industri, BYD membuktikan dedikasinya untuk menyediakan sokongan lepas jualan yang tiada tandingan, memastikan setiap pemilik BYD menikmati tahap keyakinan dan kepuasan tertinggi dari segi pengalaman pemilikan.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan