BMW Malaysia hari ini telah merungkaikan dua kenderaan menarik yang didatangkan dengan teknologi pengecasan terbaharu, terus membuktikan komitmen mereka terhadap janji Sheer Electric Driving Pleasure dengan iterasi BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 yang serba baharu.
BMW Malaysia terus membina legasinya untuk mencorak alaf Mobiliti Berelektrik menerusi BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60, yang dikemas kini dari segi keupayaan teknologinya, menaikkan tanda aras bagi mobiliti berelektrik dalam pasaran tempatan. Mengekalkan siluet serta elemen-elemen uniknya yang mendefinisikan siri kenderaan BMW iX, kedua-dua varian kini turut mempunyai keupayaan pengecasan baharu serta mengintegrasikan suspensi berciri dwigandar.
BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 kini didatangkan dengan AC Charging Professional secara standard, menaik taraf keupayaan pengecasan kenderaan ini. Fungsi pengecasan tersebut akan mengurangkan waktu pengecasan dengan signifikan, sama ada di rumah atau di stesen pengecasan AC awam, dengan adanya keupayaan pengecasan 22 kW yang baharu. Ia membekalkan sebuah pengalaman pengecasan yang lebih efisien dan menyenangkan, mengurangkan waktu pengecasan kedua-dua kenderaan ini secara signifikan, iaitu bawah 5 jam 30 minit untuk pengecasan penuh dari 0 hingga 100%.
Di samping itu, kedua-dua jentera juga masih akan membawakan fungsi pengecasan berkuasa tinggi sehingga 195 kW, menyingkatkan proses pengecasannya dari 0% hingga 80% hanya dalam tempoh 35 minit. 11kW AC Wallbox Charger pula boleh mengecas kenderaan ini dari 0 hingga 100% dalam tempoh 11 jam.
Bukan itu sahaja, para pemilik BMW iX ini dapat menikmati akses pengecasan di lebih 1,700 buah fasiliti pengecasan di seluruh negara, dikuasakan oleh para pembekal solusi pengecasan EV tempatan yang bekerjasama dengan BMW Group Malaysia. Kolaborasi strategik bersama ChargeEV dan Yinson GreenTech membekalkan akses kepada lebih 400 buah fasiliti, manakala usaha sama dengan JomCharge, Gentari, ChargeN’Go, ChargeSini, Go To-U, dan FlexiParking menyediakan sekitar 160 buah fasiliti lagi di serata negara.
Kolaborasi yang bermakna ini bukan sahaja bantu mencorak alaf mobiliti di Malaysia, tapi juga memastikan
segala aspek Pengalaman Pemilikan Elektrik Bertaraf Premium yang dijanjikan bergerak selari dengan arus
landskap Mobiliti Elektrik yang kian berubah.
BMW iX xDrive50 Sport terus mempamerkan kehandalannya dengan output maksimum berjumlah 523hp, digandingkan dengan jarak operasi elektrik sejauh 630km (WLTP). Malah nilai tork kenderaan ini juga mencecah 765 Nm dengan bantuan Kawalan Pelancar, membolehkannya memecut dengan lancar hingga kelajuan 100 km/j dalam masa 4.6 saat sahaja, serta mampu mencatat kelajuan tertinggi mencecah 200km/j.
Sementara itu, BMW iX M60 masih membawakan konfigurasi dwimotornya yang optimum, berkeupayaan untuk menjana output gabungan berjumlah 619hp dan menawarkan jarak operasi elektrik sejauh 561km (WLTP). Di bawah kondisi pemanduan normal, kenderaan ini masih dapat menyaksikan nilai tork sebesar 1,015Nm, manakala dengan pengaktifan Kawalan Pelancar, puncak torknya dapat ditingkatkan kepada 1,100Nm, memudahkan ia untuk membuat pecutan abad dalam masa 3.8 saat sahaja.
Kini dibawakan secara standard, BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 menampilkan suspensi udara dwigandar yang menjamin pengalaman pemanduan yang lebih lancar, mampu menyerap segala ketidaksempurnaan permukaan jalan raya dengan kejituan yang tinggi. Bukan itu sahaja, ia mengekalkan BMW Iconic Sounds Electric secara standard, menzahirkan pengalaman serba imersif yang mengagumkan menerusi hubungan antara bunyi dan kenderaan ini yang terbentuk dengan serta-merta.
Dengan Comfort Access yang menampilkan BMW Digital Key Plus, pengguna boleh menyahkunci BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 secara automatik dengan kunci fizikal atau telefon pintar iPhone atau Android yang serasi. Ia bukan sahaja membekalkan akses yang lancar, tapi juga menaik taraf aspek sekuriti dengan fungsi mengunci automatik yang dapat diaktifkan mengikut jarak pemandu dari kenderaan. Di samping itu, kunci digital ini boleh dikongsi dengan lima peranti, memudahkan lagi pengalaman pemilikan jentera ini.
BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 mengekalkan ruang kabinnya yang mewah, ia menampilkan Interior Design Atelier secara standard, dengan aksen Sensatec pada bahagian konsol sentral serta tempat letak tangan, di samping sistem bunyi keliling 18 pembesar suara Harman Kardon dengan penyandar kepala serba inovatif dan pembesar suara di paras lumbar. BMW Live Cockpit Professional mengekalkan skrin paparan 12.3 inci serta skrin paparan sentral 14.9 inci, disinambungkan dengan set kerusi multifungsi, pengecasan tanpa wayar, dan penyaman udara automatik 4 zon. BMW iDrive, kini dimuatkan dengan BMW Operating System 8.5, membekalkan maklumat yang bertepatan untuk kemudahan tambahan pemandu.
Pilihan warna yang standard bagi BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 meliputi Alpine White, Mineral White Metallic, Black Sapphire Metallic, Sophisto Grey Metallic dengan Brilliant Effect, Phytonic Blue Metallic, Oxide Grey Metallic dan Blue Ridge Mountain Metallic. Dengan caj tambahan bernilai RM6,200, pelanggan juga akan diberi pilihan antara warna Aventurine Red Metallic dan Individual Storm Bay Metallic. Penawaran warna bagi upholsteri interior meliputi Interior Design Atelier dalam warna Mocha atau Black, manakala dengan caj tambahan sebanyak RM17,300, Interior Design Suite sedia untuk dipilih dalam warna Amido atau Castanea.
Dengan ‘Easy Drive Financing Plan’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 masing-masing boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM5,877.00 dan RM 7,220.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun), selepas Rebat Tunai ‘Easy Drive’ berjumlah RM10,000 yang ditawarkan sehingga 31 Mac 2024, berdasarkan terma dan syarat. Selain itu, para pelanggan juga boleh memilih ‘Straight-Line Financing Plan’ yang menawarkan pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM5,877.00 dan RM7,220.00 masing- masing, bagi tempoh tujuh tahun.
Pemilik BMW iX xDrive50 Sport dan BMW iX M60 akan mendapat manfaat daripada pengalaman Pemilikan Premium BMW Group Malaysia yang lengkap, termasuk Waranti Perbatuan Tanpa Had 5 Tahun dengan Program Perkhidmatan Berjadual Percuma, Waranti Bateri 8 Tahun / 160,000km, Bantuan Tepi Jalan BMW dan Talian Kemalangan, dan Perkhidmatan BMW Dalam Talian.
Harga runcit bagi BMW iX xDrive50 Sport ialah RM465,800.00, manakala BMW iX M60 berharga RM579,800.00. Di samping itu, BMW menawarkan pakej BMW Service & Repair Inclusive dengan harga RM33,200.00, yang termasuk Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis.