Piston.my

BMW Malaysia Umum Harga Rasmi BMW X5 xDrive50e M Sport Baharu

BMW Malaysia hari ini mengumumkan harga rasmi bagi BMW X5 xDrive50e M Sport, varian PHEV terbaharu kepada jentera Sports Activity Vehicle (SAV), dikenali sebagai “The Boss”. Hadir dalam varian M Sport, BMW X5 xDrive50e menyertai barisan kenderaan premium keluaran BMW Group yang dipasang di dalam negara untuk pasaran Malaysia.

Pertama kali disingkap oleh pengeluar kenderaan premium tersebut pada awal bulan ini, BMW X5 xDrive50e M Sport melihat banyak penambahbaikan dari segi prestasi dan keefisienan, dengan peningkatan kuasa serta jarak operasi elektrik, ia menggandingkan ciri atletik dengan keelegenan yang pasti mencuri perhatian semasa menyusuri jalan raya di Malaysia.

BMW X5 xDrive50e M Sport baharu menampilkan rangkaian kuasa PHEV yang diperkayakan, mampu membekalkan output gabungan berjumlah 489hp serta tork bernilai 700Nm. Kuasa gabungan daripada enjin petrol enam sebaris 3.0 liter serta motor elektriknya yang hebat membolehkan BMW X5 xDrive50e M Sport baharu membuat pecutan abad dalam masa 4.8 saat. Bukan itu sahaja, keupayaan elektrik PHEV ini turut melihat penambahbaikan, menawarkan jarak operasi elektrik sejauh 110km (WLTP) dan kapasiti pengecasan yang lebih baik pada 7.4 kW, membolehkannya dicas dari 0-100% hanya dalam tempoh 4.5 jam.

Dengan Pelan Pembiayaan ‘Easy Drive’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X5 xDrive50e M Sport baharu boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM6,014.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun), selepas Rebat Tunai ‘Easy Drive’ berjumlah RM10,000 yang ditawarkan sehingga 31 Mac 2024 terpakai, berdasarkan terma dan syarat.

Pemilik BMW X5 xDrive50e M Sport baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi: 

  • Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW 
  • Servis Dalam Talian BMW 

Harga runcit untuk BMW X5 xDrive50e M Sport baharu, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (di atas jalan, tanpa insurans), ialah RM 486,800.00. Pakej BMW Service & Repair Inclusive, yang terdiri daripada Waranti Lanjutan 5 Tahun dan Pakej Servis, berharga RM 41,300.00.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan