Piston.my

Malaysia Airlines Memperkenalkan Perkhidmatan Peribadi Mewah Bersama BMW

Malaysia Airlines telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan perkhidmatan pemindahan terminal yang berciri peribadi yang lagi eksklusif. Ini untuk memudahkan perjalanan para penumpangnya dengan keselesaan bertaraf premium antara Bangunan Terminal Utama dan Bangunan Satelit di KLIA Terminal 1, disuntik nafas dengan kolaborasi bersama BMW Group Malaysia menerusi rakan wakil pengedarnya, Ingress Auto Sdn. Bhd.

Mulai 1 Februari 2024, para penumpang Enrich Platinum, Business Suite, dan Business Class yang terbang bersama Malaysia Airlines akan dapat menikmati pengalaman kemewahan bertaraf tinggi dengan khidmat pemindahan menerusi jentera elektrik tulen BMW i7. 

Perkhidmatan yang beroperasi 24 jam ini menawarkan satu pilihan yang lebih lestari dan premium buat para penumpang Malaysia Airlines, di samping khidmat pemindahan Bas Premium yang disediakan oleh operator lapangan terbang ini susulan penggantungan sementara sistem aerotrain.

Semasa fasa permulaan ini, barisan kenderaan BMW i7 akan dikerahkan untuk mengambil penumpang yang akan berlepas di Pintu G1 Bangunan Terminal Utama. Kelak, syarikat penerbangan ini juga akan mengerahkan beberapa unit kenderaan tambahan untuk mengambil penumpang yang tiba ke lapangan terbang tersebut, susulan penyempurnaan balai singgah ketibaan di Bangunan Satelit.

Para penumpang berpeluang untuk menikmati sebuah perkhidmatan yang bertaraf premium dan peribadi, bermakna mereka juga tidak perlu berkongsi kenderaan dengan penumpang lain. Perkhidmatan yang eksklusif ini menyediakan alternatif pengangkutan yang lebih tertumpu, sesuai bagi pengembara solo, pasangan, dan keluarga dengan had seramai empat penumpang bagi setiap kenderaan, menjamin perjalanan yang lancar dan menyelesakan di samping melengkapi standard pengalaman kepenggunaan hujung-ke-hujung yang dijanjikan.

Daftar sekarang untuk menjadi ahli Enrich dan mula mengumpul Enrich Points untuk menikmati pelbagai tawaran keahlian yang eksklusif serta muat turun aplikasi Malaysia Airlines untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai aneka promosi di hujung jari anda, pada bila-bila masa, di mana-mana jua.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan