Piston.my

GWM Malaysia Mengesahkan Kemasukan Model ORA 07

Great Wall Motor (GWM) Malaysia dengan rasminya mengesahkan kemasukan model ORA 07 di pasaran Malaysia pada suku pertama tahun 2024.

ORA 07, yang dihasilkan oleh Great Wall Motor (GWM) melalui globalisasi di dalam sistem penyelidikan, pembangunan, pengeluaran, dan pembuatan adalah kenderaan tenaga baharu yang diorientasikan dan berpandukan pada prinsip-prinsip asas dengan memberi keutamaan kepada keseronokan pemanduan serta penekanan pada ciri keselamatan.

ORA 07 menerima peningkatan menyeluruh dalam ciri keselamatan kenderaan dengan memberi persekitaran pemanduan yang lebih selamat dan bijak. Selain itu, ORA 07 juga mengetengahkan nilai estetika, keselamatan dan prestasi yang tinggi. GWM yakin bahawa model ini dan ORA Good Cat akan bersama-sama menetapkan tanda aras yang berbeza dalam industri automotif Malaysia dengan reka bentuk berpaksikan fesyen yang sangat memukau.

ORA 07 adalah coupe elektrik yang menawan dan berprestasi tinggi serta menggabungkan nilai estetika yang luar biasa dengan keupayaan yang tinggi. Untuk pasaran Malaysia, ia akan ditawarkan dalam dua varian iaitu motor elektrik tunggal
(jarak gerak 640km) dan motor elektrik berkembar panduan empat roda (jarak gerak 550km) dimana ia akan memenuhi citarasa pengguna yang berbeza. Dilengkapi dengan ciri-ciri standard seperti sayap belakang elektrik adaptif, reka bentuk pintu tanpa bingkai, dan lain-lain. ORA 07 akan membawa kebolehan coupe elektrik semua segmen-B kepada daya saing pasaran yang luar biasa.

Dengan ORA 07 dijangka tiba dalam beberapa bulan mendatang, GWM Malaysia berharap model ini dapat menyumbang kepada penyelesaian mobiliti lestari sambil menyediakan pilihan produk yang lebih luas kepada pengguna di Malaysia.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan