Piston.my

BMW Group Malaysia dan Auto Bavaria Memperkenalkan Bilik Pameran Terkini Di Balakong

BMW Group Malaysia dan Auto Bavaria, rangkaian pusat pengedaran BMW bertauliah yang terbesar di Malaysia juga telah menyingkap bilik pameran canggih mereka yang terbaharu, dibina menerusi konsep Retail.NEXT yang berpaksikan pelanggan di kawasan perbandaran Balakong. Di sinilah pelancaran BMW X5 xDrive50e pemasangan tempatan baharu diadakan. Fasiliti ini, setelah ia dibuka dan beroperasi sepenuhnya, akan menjadi antara bilik pameran BMW Group yang terbesar di dalam negara dan bakal menjadi yang pertama di Lembah Klang untuk membawakan konsep rekaan dan perkhidmatan inovatif yang disebut sebagai Retail.NEXT.

Menaungi ruang seluas 240,057 kaki persegi, Auto Bavaria Balakong akan menyediakan suasana kelas pertama yang mencerminkan Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan, yakni menerusi bahasa rekaan moden serta latar hadapannya yang merangkumi sebuah taman dan teres luar. Pentas Konsultasi Pelanggan serba interaktif, yang dilengkapi dengan alatan niaga digital yang inovatif terletak di lokasi-lokasi strategik merentasi bilik pameran tersebut, di mana warga BMW Geniuses akan bersedia untuk membimbing para pelawat melalui sebuah pengalaman melihat dan membeli yang tiada bandingannya.

Bilik pameran ini juga akan membawakan Grand Klasse Lounge dengan wajah baharu, termasuk ruang penyerahan yang menambah sentuhan kemewahan dan keeksklusifan. Ia juga akan menampilkan fasiliti-fasiliti berpaksikan gaya hidup termasuk BMW Café dan ruang singgah, membekali para pelanggan akses kepada ruang bertaraf premium untuk bersantai dan menyegarkan diri semasa lawatan mereka.

Auto Bavaria Balakong dapat mempamerkan pelbagai model kenderaan daripada BMW Group termasuk model-model BMW dan BMW i, di samping kenderaan daripada portfolio MINI, BMW dan BMW Premium Selection.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan