Piston.my

“Ford Malaysia: Built for Life” – Siri Audio Siar Terbaharu di Spotify

Pemilik Ranger dan peminatnya yang ingin mengetahui bagaimana keunikan kehidupan bersama Ranger boleh mendengar siri audio siar terbaharu “Ford Malaysia: Built for Life” di Spotify. Sebagai yang pertama dalam industri automotif Malaysia, “Ford Malaysia: Built for Life” akan didapati di Spotify bermula 28 Januari 2024.

Merupakan sebuah produksi Malaysia sepenuhnya yang diterbitkan oleh Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), audio siar berkenaan melangkaui naratif biasa berkaitan dunia automotif. Tidak hanya memberi tumpuan terhadap spesifikasi teknikal dan maklumat berkaitan industri, “Ford Malaysia: Built for Life” lebih memberi perhatian kepada aspek kemanusiaan di sebaliknya.

Dibawakan dalam format penyampaian cerita yang menarik dalam bentuk anekdot, wawancara dan perkongsian pengalaman, “Ford Malaysia: Built for Life” menyelongkar kisah dan pengalaman pemilik Ford Ranger dan komuniti mereka. Ini menunjukkan bagaimana kenderaan ikonik itu telah menjadi sesuatu yang begitu penting sebagai rakan kerja, riadah, bahkan untuk keluarga.

Bukan hanya pemilik dan peminat lain, siri audio siar ini turut mengundang pakar dalam bidang yang akan berkongsi pandangan, tips berguna, dan kisah-kisah lain yang tidak pernah dijumpai di platform atau saluran sosial lain.

Dihoskan oleh personaliti radio JJ Fernandez, musim pertama “Ford Malaysia: Built for Life” mengandungi enam episod, dengan setiap satunya menampilkan kisah berbeza. Setiap episod akan disiarkan secara langsung di Spotify pada setiap hari Ahad, selama enam minggu bermula dari 28 Januari 2024.

Episod 1 memberi tumpuan kepada Kelab Ford Ranger Malaysia yang cukup dinamik. Episod 2 pula mengetengahkan pengalaman pemilik Ranger Generasi Baharu. Episod 3 tampil dengan perbualan bersama pelatih dan pakar sukan permotoran, Adian Yien.

Personaliti media sosial Namie pula berbual bersama pakar produk SDAC dalam Episod 4, sementara pengamal media automotif veteran, Hezeri Samsuri berkongsi pandangannya dalam Episod 5. Dan yang terakhir dalam Episod 6, ia menampilkan pakar dari Ford Performance yang bukan hanya terlibat dalam proses rekaan dan pembangunan Ranger Raptor Generasi Baharu, tetapi juga terlibat dalam ujian Baja 1000.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan