Chery Auto Malaysia telah menunjukkan prestasi yang agak cemerlang sejak mengumumkan kemasukannya ke pasaran Malaysia pada tahun 2022. Sejak itu, syarikat ini telah membuka dealer, pusat servis, dan memperkenalkan model-model baru dengan agresif.
Vice President Chery Auto Malaysia, Lee Wen Hsiang, berkata dalam sesi media baru-baru ini bahawa syarikat tersebut telah menjual lebih daripada 4,500 kereta pada tahun 2023.
Syarikat ini juga telah menjalankan kajian kepuasan dari lebih daripada 1000 pelanggan yang memberikan penarafan yang sangat tinggi kepada jenama ini, dengan skor 94 daripada 100.
Lee juga menekankan bahawa walaupun Chery menghadapi beberapa komen negatif awal semasa pengenalan semula, jenama ini tetap komited untuk memberi keutamaan kepada isu pelanggan.
Selain itu, Chery Auto Malaysia juga berazam untuk melakukan pengembangan di seluruh negara dengan agresif.
Jenama ini kini mempunyai 32 cawangan yang beroperasi di seluruh Malaysia dengan pekerja sebanyak 550 orang. Walau bagaimanapun, menjelang akhir tahun 2024, Chery ingin meningkatkan kehadirannya kepada sekurang-kurangnya 48 cawangan dengan peningkatan sebanyak 70% dalam cawangan 3S dan 4S.
Dari segi produk, Chery telah mengesahkan bahawa Omoda E5 akan diperkenalkan menjelang akhir suku pertama tahun 2024, tetapi juga mengesahkan bahawa Tiggo 7 Pro akan diperkenalkan pada tahun ini juga.
SUV segmen C ini akan bersaing dengan Proton X70 dan dikuasakan oleh enjin berkapasiti 1.6 liter, empat-silinder, turbo yang dipadankan dengan gearbox dual-clutch 7-kelajuan dan menghasilkan kuasa sebanyak 197hp dan tork 290Nm.
Tiggo 7 Pro akan dilengkapi dengan rangkaian ADAS, Apple CarPlay dan Android Auto Wireless, tempat duduk ventilated, sunroof panoramik, sistem audio Sony, kamera 540 darjah, dan skrin sebesar 24.6 inci.
Chery Tiggo 7 Pro juga dijangka akan dipasang secara tempatan dan harganya dijangka dekat dengan X70.