Piston.my

Tempoh Menunggu Proton S70 Warna Marine Blue Mencecah 3-Bulan

Menurut posting di group Facebook, wakil dari Proton telah mengumumkan bahawa tempoh menunggu untuk penghantaran model S70 mengambil masa antara dua hingga tiga bulan.

Varian terlaris bagi model ini ialah S70 Flagship, sementara warna badan yang menerima tempahan tertinggi adalah Marine Blue.

Oleh itu, pelanggan yang membuat tempahan untuk varian dan warna badan tersebut dikehendaki menunggu selama tiga bulan, bermula dari tarikh kelulusan pinjaman sewa beli.

Proton S70 telah dilancarkan secara rasmi pada hujung November tahun lalu. Model sedan segmen-C ini menawarkan empat pilihan varian dengan harga mula dari RM73,800.

Pada bulan lalu, Proton mengumumkan bahawa tempahan untuk Proton S70 mencapai 900 unit setiap minggu, dengan jumlah tempahan melebihi 3,000 unit.

Penghantaran model sedan ini akan bermula pada bulan ini, dengan 109 unit didaftarkan pada tahun sebelumnya.

Sumber: Motoqar

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan