Piston.my

Nissan Memperkenalkan Edisi Almera KURO (Hitam) Bergaya 2024

Melangkah ke tahun baharu dengan bergaya dengan Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) serba baharu, yang kini didatangkan dengan estetik yang dipertingkatkan dengan penampilan tahap kecanggihan bergaya dan ketenangan yang lebih tinggi. Tahun 2024, Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) ini diserlahkan lagi dengan warna luaran baharu yang bergaya, iaitu Glacier Grey. 

Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) baharu ini ditampilkan dengan peralatan standard pada ketiga-tiga varian, iaitu penambahbaikan bergaya yang dipasang di kilang dengan kemasan hitam berkilat pada pelapisan gril hadapan dan rim aloi berwarna hitam. Para pelanggan boleh mengembangkan lagi tema tersembunyi dengan pilihan Pakej KURO atau Pakej KURO GT yang boleh meningkatkan rupa Edisi KURO (Hitam) Almera dengan lebih ketara.  

Berdasarkan aerokit yang dibangunkan secara eksklusif oleh TOMEI Japan untuk Almera Turbo, Pakej KURO didatangkan dengan Spoiler Bampar Depan Hitam Berkilat, Spoiler Bampar Belakang Hitam Berkilat, Skirt Sisi Hitam Berkilat dan Spoiler Penutup But Hitam Berkilat, serta dilengkapi dengan aksesori yang bernas seperti  Filem Tinting ICE Cool, Pedal Sukan, Plat Pemijak Kaki, Pelindung Pemegang Pintu dan Visor Pintu. 

Bagi sesiapa yang ingin menonjolkan lagi potensi gaya penuh Edisi KURO (Hitam) Almera bolehlah memilih Pakej KURO GT yang menambahkan lagi keunikan TOMEI GT Wing dan rim aloi perlumbaan IMPUL 16-inci untuk penampilan tersembunyi yang lengkap.

Dilengkapi dengan inovasi teknologi di bawah inisiatif Nissan Intelligent Mobility dan Nissan Safety Shield 360, Nissan Almera Turbo merupakan salah satu sedan-B tercanggih dalam pasaran. Ia menawarkan alat bantuan pemanduan canggih seperti Sistem Amaran Pelanggaran Hadapan Pintar (Intelligent Forward Collision Warning) dan Sistem Brek Kecemasan Hadapan Pintar (Intelligent Forward Emergency Braking) yang merupakan ciri-ciri standard bagi ketiga-tiga varian, dengan tambahan Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning), Amaran Lintasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert) dan kamera 360° Sistem Monitor Pandangan Keliling Pintar (Intelligent Around View Monitor) dengan Pengesan Objek Bergerak Pinta (Moving Object Detection) pada varian gred tertinggi VLT.

Untuk mencapai penarafan penjimatan bahan api 18.4km/L yang mengagumkan, Nissan Almera Turbo menggunakan teknologi Saduran Gerek Cermin yang berasal daripada Nissan GT-R R35 ikonik dalam enjin pengecas turbonya untuk mengurangkan geseran dan haba, dan disokong oleh XTRONIC Continuously Variable Transmission yang cekap bersama D-Step Logic dan Mod Sukan. Tork 152Nm yang dihasilkan oleh enjin 1.0 liter pengecas turbo Almera Turbo dapat mengatasi output tork enjin aspirasi semula jadi 1.5 liter saingannya dengan mudah. 

Dengan inspirasi ‘Gliding Wing’, reka bentuk papan pemuka Almera Turbo adalah kontemporari dan dilengkapi dengan bahan premium yang menggabungkan kemasan krom, piano hitam, corak gentian karbon dan stereng tiga jejari rata pada bahagian bawahnya untuk suasana kabin yang benar-benar sporty. Nissan Almera juga menawarkan pemandu paparan maklumat hiburan skrin sentuh 8-inci (dengan Apple CarPlayTM and Android AutoTM) dan meter paparan semi digital warna sepenuhnya 7-inci, pada masa yang sama memberikan ruang kaki yang luas untuk penumpang belakang dengan jarak roda sepanjang 2,620mm. 

Nissan Almera Edisi KURO (Hitam) baharu dijual dengan harga bermula dari RM83,888, dengan tawaran promosi pelancaran RM1,000 untuk Pakej KURO atau RM1,500 untuk edisi terhad Pakej KURO GT (terhad pada 300 set kenderaan) dengan ansuran bulan rendah bermula dari RM658. Kenderaan ini sekarang berada di bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia untuk dilihat dan pandu uji.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan