Piston.my

VW Malaysia Panggil Semua Model Dari Tahun 2010-2014 Berhubung Masalah Airbag

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengeluarkan notis penarikan balik (recall) bagi model-model tertentu yang dikeluarkan antara tahun 2010 hingga 2014. Program recall ini melibatkan sebanyak 6,671 kenderaan.

Model-model yang perlu diperiksa termasuk Golf GTI generasi ke-enam, Eos, Passat CC, Polo, Beetle, dan Vento. Fokus recall ini melibatkan kenderaan yang dilengkapi dengan airbag hadapan.

Masalah ini berkaitan dengan propelan penjana airbag. Kerosakan ini dipercayai disebabkan oleh pendedahan yang berpanjangan kepada kelembapan tinggi dan fluktuasi suhu.

Sebagai tindak balas terhadap isu ini, VPCM berkata yang ia sedang bekerjasama dengan pengedar untuk memastikan spare part tersedia untuk memudahkan proses recall. Penarikan balik (recall) akan dilaksanakan secara berperingkat di tahap kebangsaan untuk menguruskan jumlah kes yang terlibat.

Pemilik kenderaan yang dikenal pasti akan menerima notis melalui e-mel dan WhatsApp, dengan menggunakan maklumat dari pangkalan data Volkswagen.

Bagi mereka yang membeli kenderaan dari pemilik sebelumnya atau peniaga kereta terpakai, disyorkan untuk menghubungi pengedar Volkswagen yang terdekat untuk pengesahan.

Jika penggantian bahagian diperlukan, VPCM menjamin bahawa semua penggantian yang diperlukan untuk perkhidmatan tersebut akan disediakan tanpa sebarang kos.

Untuk memeriksa sama ada kenderaan mereka tertakluk kepada arahan penarikan balik, pemilik boleh melawat laman web penarikan balik yang khusus (https://www.volkswagen.com.my/volkswagen-service/repair-and-service/service-action) dan memasukkan nombor VIN 17-digit mereka, yang terletak di bahagian kiri bawah cermin hadapan kenderaan.

VPCM berkata yang syarikat itu berkomitmen untuk memberikan keutamaan kepada keselamatan pelanggan dan menggalakkan tindakan segera dari semua pemilik kenderaan yang terkesan untuk memastikan penyelesaian yang cepat dan berkesan kepada arahan recall ini.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan