Piston.my

JPJ dan Polis Pulau Pinang Mengeluarkan 280 Saman Pada Hari Krismas

Menurut laporan oleh Bernama, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang telah mengeluarkan 280 saman atas pelbagai kesalahan.

Operasi yang dinamakan Ops Bersepadu Krismas diadakan di dua lokasi, satu di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan satu lagi di Plaza Tol Sungai Dua.

Operasi dijalankan bersama-sama dengan Polis dari jam 9.30 malam hingga 5 pagi.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JPJ, sejumlah 280 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya ialah tidak memiliki lesen memandu, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, tidak mempamerkan stiker ‘L’, tiada cermin sisi, dan pengubahsuaian haram terhadap motosikal.

“Ops bersepadu ini bertujuan untuk memantau, mengesan, dan mengambil tindakan terhadap penunggang atau pemilik motosikal yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Peraturan di bawahnya,” demikian kenyataan tersebut.

Kredit gambar: JPJ Penang

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan