Piston.my

Volvo Cars Mengumumkan Kereta Diesel Terakhir Akan Dihasilkan Pada Awal 2024

Menjelang 2030, Volvo Cars merancang untuk hanya menjual kereta elektrik sepenuhnya dan menjelang tahun 2040, ia menyasarkan untuk menjadi syarikat yang neutral iklim. Pelan hala tuju yang jelas ke arah elektrifikasi sepenuhnya tersebut merupakan salah satu pelan transformasi yang bercita-cita- tinggi bagi mana-mana pembuat kereta legasi.

Untuk menekankan komitmen mereka terhadap cita-cita tersebut, Volvo mengumumkan penamatan pengeluaran untuk semua model kereta Volvo berkuasa diesel menjelang awal 2024 pada Minggu Iklim NYC (Climate Week NYC). Dalam beberapa bulan dari sekarang, kereta Volvo berkuasa diesel yang terakhir akan dibina, menjadikan Volvo Cars sebagai salah satu pembuat kereta legasi pertama yang mengambil angkah ini.

Pencapaian ini mengikut keputusan Volvo Cars tahun lepas untuk berhenti daripada membangunkan enjin pembakaran baharu. Pada November 2022, syarikat tersebut telah menjual pegangan mereka dalam Aurobay, syarikat usaha sama yang menyimpan semua baki aset enjin pembakaran mereka. Sejak itu, Volvo Cars tidak lagi membelanjakan satu krona daripada bajet R&D mereka untuk membangunkan enjin pembakaran dalaman yangl baharu.

Volvo Cars memberi tumpuan sepenuhnya pada elektrifikasi, cita-cita untuk berterusan ke arah kemampanan sejak syarikat itu telah akui pada Persidangan Alam Sekitar yang pertama oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) di Stockholm pada tahun 1972 bahawa produknya mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar. Disebabkan itu, Volvo ia bertekad untuk bertindak ke atasnya.

Laporan Pengambilan Stok (Stocktake) Iklim Global yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini menggariskan betapa terdesaknya kecemasan iklim yang sedang dihadapi oleh manusia yang memerlukan pertindakan.

Untuk menekankan lagi perkara ini, Ketua Pegawai Kelestarian, Anders Kärrberg telah menghadir acara yang dianjurkan oleh Gabungan Accelerating to Zero (A2Z) pada tahun 2023 Dilancarkan pada sidang kemuncak iklim COP27, Gabungan A2Z menyediakan sebuah platform multi-stakeholder untuk para penandatangan Deklarasi Glasgow mengenai Kenderaan Sifar Pelepasan, yang mana Volvo Cars adalah salah satunya.

Platform A2Z tersebut membolehkan Volvo Cars bekerjasama dan menyelaraskan tindakan dengan pihak lain ke arah sasaran kolektif gabungan itu iaitu ‘100 peratus jualan kereta dan van baharu global yang bebas daripada pelepasan paip ekor menjelang 2040, dan selewat-lewatnya tahun 2035 di pasaran terkemuka’.

Walaupun sasaran dan cita-cita elektrifikasi Volvo Cars lebih tinggi daripada itu, ia mengharapkan bahawa ia dapat memberikan inspirasi kepada syarikat lain untuk mengambil langkah untuk mengambil tindakan terhadap perubahan iklim.

Keputusan untuk menghentikan diesel dengan sepenuhnya menjelang awal 2024 menggambarkan betapa cepatnya industri kereta dan permintaan pelanggan berubah dalam menghadapi krisis iklim.

Hanya empat tahun yang lalu, enjin diesel merupakan elemen terpenting buat Volvo Car bukan sahaja buat kami di Eropah, malah juga pembuat kereta lain. Majoriti kereta yang dijual di benua itu pada 2019 dikuasakan oleh enjin diesel, manakala model-model elektrik baru sahaja mula menonjol.

Trend itu sebahagian besarnya telah berubah sejak itu dan ia didorong oleh permintaan pasaran yang berlainan, peraturan pelepasan yang lebih ketat serta pertumpuan kami pada elektrifikasi. Majoriti jualan Volvo Cars di Eropah kini terdiri daripada kereta elektrik, sama ada dengan penjana kuasa hibrid elektrik sepenuhnya atau separuh elektrik.

Pengurangan kereta diesel di jalanan juga mempunyai kesan positif terhadap kualiti udara bandar; walaupun diesel mengeluarkan CO2 yang lebih kurang daripada enjin petrol, ia mengeluarkan lebih banyak gas seperti nitrogen oksida (NOx) yang mempunyai kesan buruk terhadap kualiti udara terutamanya di kawasan binaan.

Fuelled by cigarettes, coffee and 90's rock music

Artikel Berkaitan