smart Malaysia mencatatkan pencapaian luar biasa dengan pengedaran sebanyak 100 unit kenderaan elektrik (EV) smart #1 dalam tempoh satu bulan, baru-baru ini.
Kejayaan penghantaran ini didorong oleh kerjasama 10 cawangan pengedar smart #1 yang terletak di lokasi strategik, memastikan majoriti pembeli menerima kereta mereka dalam masa yang singkat. Pencapaian ini terserlah melalui dedikasi smart untuk memberikan pengalaman memandu smart #1 yang menyeronokkan kepada para pelanggan mereka secara efisien melalui kemudahan mobiliti secara menyeluruh.
Pakar jualan smart yang terlatih dan berdedikasi memainkan peranan penting di dalam mengendalikan setiap aspek dan butiran termasuk penyelarasan proses penghantaran kereta. Kesediaan dan kepakaran mereka memastikan para pelanggan menikmati pengalaman pembelian yang lancar dari pemilihan sehinggalah kepada pemilikan kenderaan. Kemudahan aplikasi digital yang canggih dan komprehensif mengukuhkan lagi kejayaan ini, menjadikan proses pembelian kenderaan menjadi cepat dan efisien —dari tempahan hinggalah permohonan pinjaman sekaligus mengukuhkan keyakinan terhadap perkhidmatan jualan mereka.
Di samping itu, smart turut berbangga dengan stok kenderaan yang tersedia jauh lebih awal sebelum pelancaran rasmi smart #1. Ia bukan sahaja memperlihatkan dedikasi mereka terhadap penghantaran kenderaan malah mencerminkan usahanya yang jitu untuk memastikan kepuasan para pelanggan.
Komitmen secara menyeluruh ini merangkumi persediaan ujian pandu kenderaan yang lancar, unit paparan yang mencukupi, persiapan komprehensif yang memudahkan pendaftaran awal dan akses tanpa gangguan kepada kenderaan terbaharu smart.
Dalam perkembangan lain yang menarik, para pelanggan smart turut berkongsi kepuasan mereka terhadap smart #1, mengiktiraf nilai yang menggabungkan teknologi canggih, reka bentuk bergaya, keselesaan luar biasa, dan sistem ketersambungan yang lancar.
Ini membuktikan kereta smart diterima oleh segmen pembeli yang menitikberatkan gaya dan keperibadian. Mereka tidak hanya mencari mobiliti; mereka menghargai gabungan teknologi, keselamatan, dan ketersambungan yang ditawarkan oleh smart #1.
Sebagai tanda terima kasih daripada smart Malaysia, para pelanggan awal yang dihargai telah mendapat jaminan dengan tawaran istimewa iaitu pengecas rumah smartCharge percuma bernilai RM3,200 beserta jaminan selama dua (2) tahun. Inisiatif ini mampu meningkatkan pengalaman pengecasan pelanggan, menjadikan transisi ke mobiliti elektrik lebih mudah dan bermanfaat.
Tawaran ini juga dilengkapkan dengan pakej jaminan standard untuk memberi pengalaman pembelian yang menyakinkan.