Piston.my

Video: Kemalangan Berjuta Ringgit di Kluang

Kebelakangan ini, pemilik supercar Singapura sering terlibat dalam kemalangan di Malaysia.

Selepas kemalangan baru-baru ini yang melibatkan Porsche 911 edisi Dakar, NST semalam melapur kemalangan yang melibatkan orang Singapura sekali lagi.

Kali ini, ia melibatkan sekumpulan pemandu McLaren.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 9 pagi semalam, ketika salah satu McLaren hendak membuat pusingan untuk masuk ke persimpangan di kilometer 63 di Jalan Yong Peng di sini. Kesemua pemandu tidak tercedera.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Nik Azmi Husin, berkata ketiga-tiga warga Singapura itu memandu supercar McLaren 570S dan 720S dari batu keempat menuju ke Taman Seri Lambak.

“Apabila tiba di tempat kejadian kemalangan, kereta terdepan lambat memasuki persimpangan di sebelah kanan dan kereta di tengah lambat mengunakan brek.”

“Bagaimanapun, kereta terakhir kehilangan kawalan dan merempuh ke kereta kedua, yang seterusnya merempuh kereta terdepan di hadapannya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Nik Azmi, kes ini sedang disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59 Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya.

Video di bawah:

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan