Segmen kereta mewah di Malayia rata-rata memfokuskan gaya dan prestasi berbanding praktikal dan selesa.
Bagi memenuhi kriteria pemilik yang mahukan ciri mewah, penuh gaya namun selesa seakan terbang dalam ‘business class’, Lexus Malaysia kini menawarkan LM 350.
Tergolong dalam kategori ‘Luxury Mover’ (LM) Lexus, LM 350 ini menggabungkan ciri mewah, selesa serta layanan berkonsepkan ‘Omotenashi’.
Rekaan keseluruhan LM 350 sememangnya melambangkan kemewahan terutamaya penggunaan kemasan jenis krom yang memenuhi ruang gril.
Penggunaan lampu jenis triple-beam LED dengan DRL (Daytime Running Light) serta lampu belakang yang bersambung menimbulkan ciri elegan dan unik.
Sementara itu, LM 350 ini tampil dengan rim aloi 18″ yang berkemampuan mengurangkan gangguan bunyi bising daripada memasuki ruang dalam sekaligus meningkatkan tahap keselesaan penumpang.
Sebagai sebuah MPV mewah, LM 350 ini hanya boleh menempatkan empat individu pada satu masa dengan ruang tempat duduk belakang hanya menawarkan dua tempat duduk sahaja.
Ruang tempat duduk belakang sememangnya menetapkan petanda aras baharu bagi sebuah kereta MPV mewah dengan ruang kabin yang luas dan mnyelesakan.
Bukan setakat bertindak sebagai kerusi biasa, sebaliknya dua tempat duduk dibelakang menawarkan fungsi urutan dan mampu menyalurkan udara sejuk/panas mengikut ketetapan.
Ruang belakang juga dipisahkan dengan penggunaan cermin jenis eletrochromatic yang menyalurkan aliran elektrik bagi mengkaburkan pemandangan sekaligus mewujudkan privasi di antara tempat duduk depan dan belakang.
Antara ciri lain ditawarkan:
- paparan HD 26″ dengan pelbagai fungsi
- skrin 12.3″ dengan ciri ‘touchscreen’
- 19 sistem pembesar suara Mark Levinson
- peti sejuk mini
Meskipun berkonsepkan MPV, LM 350 ini dilengkapi enjin berkuasa dengan 3.5L V6 yang menjana 269hp dan 361Nm.
Lexus LM 350 ini kini dibuka untuk pembelian dengan harga RM1,148,000 (sebelum cukai jalan dan insurans) dan didatangkan dengan waranti lima tahun.
Menariknya, meskipun mencecah harga tujuh angka, Lexus Malaysia telah pun menerima lebih 10 tempahan bagi model ini.