Piston.my

RM1.8 juta, Mercedes-AMG GT 63 S Coupe Buat Ramai Melopong

Keluarga AMG GT menerima ahli baharu dengan pelancaran Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+.

Jentera ini merupakan gabungan antara pemanduan dinamik yang sesuai untuk litar lumba dan sebagai penggunaan harian bercirikan Gran Turismo, sekaligus menjadikan model ini pasangan paling sesuai untuk kegunaan harian.

Timbalan Presiden, Penjualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine teruja dengan pelancaran AMG-GT Coupe sebagai kenderaan paling mantap dalam kelasnya.

“Mercedes-AMG GT Coupe empat pintu sememangnya kenderaan berprestasi tinggi tidak kira di atas mahupun di luar litar dengan ciri Gran Turismo,” jelasnya.

Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+ dilengkapi dengan enjin AMG 4.0 liter V8 yang mampu mencerna 639 hp dan 900 Nm pada 2500 hingga 4500 rpm.

Meskipun direka sebagai kenderaan empat pintu namun jentera ini mampu mencapai kelajuan maksima 315 km/j dengan kelajuan 0 hingga 100 km/j dibawah 3.2 saat sekaligus mampu bersaing dengan kereta sports lain di atas jalan raya.

Inginkan pemanduan yang lasak dan mencabar? Mercedes-AMG GT 62 S 4MATIC+ turut didatangkan dengan mod Drift!

Jadi tidak hairanlah Mercedes-AMG GT 63 S 4MATIC+ merupakan kenderaan empat pintu terpantas di North Loop of Nurburgring dengan catatan masa 7 minit 25.41 saat!

Dijual dengan harga RM1,798,888, model ini turut didatangkan dengan pakej AMG Aerodynamics, pakej AMG Exterior Night dan pakej AMG Exterior Carbon Fiber.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan