Piston.my

Kenali Urus, SUV Terpantas Di Dunia – Harga Dari RM900,000!

Automobili Lamborghini memperkenalkan model Super Sports Utility Vehicle (SSUV) – diberi nama Urus – sekaligus membuka relung baharu dalam segmen kenderaan mewah dalam satu majlis pelancaran yang berlangsung di New Zealand.

Pengurus Automobili Lamborghini Bahagian Oceania, Andrea Ruggiero meluahkan rasa teruja dengan pelancaran di Auckland.

“Kami gembira kerana dapat menganjurkan Pelancaran Urus Dynamic buat julung kalinya di Auckland dengan klien eksklusif dan petugas media diberi peluang untuk merasai sendiri prestasi dinamik Urus.

“Urus merupakan petanda aras baharu dalam segmen Super SUV yang sebelum ini dianggap sebagai mustahil. Seperti jentera Lamborghini lain, Urus turut tidak terkecuali dalam menampilkan identiti Lamborghingi terutamanya dari aspek rekaan, prestasi, dinamik pemanduan di samping boleh dipandu dalam apa jua keadaan,”jelasnya.

Pengurus Besar Lamborghini Auckland, Greg Brinck turut berasakan Urus mampu melakar kejayaan di New Zealand.

“Kami menjangkakan kejayaan di sini tetapi apa yang lebih mengejutkan, permintaan model ini telah mengatasi jangkaan awal kami!”

Urus dilengkapi enjin 4.0 liter V8 dengan turbo berkembar dan mampu menghasilkan 650 hp pada 6,000 rpm dan 850 Nm pada 2,250 rpm.

Meskipun berstatus Super SUV namun Urus mampu mencapai 0-100 km/j di bawah 3.6 saat!

Dengar saja nama Lamborghini hampir pasti harga yang ditetapkan perlulah setaraf jadi tidak hairanlah Urus ditawarkan dengan harga NZD 323,00 (hampir RM900,000!)

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan