Piston.my

Perodua: Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yakim Terima Sumbangan RM5,000

Konvoi Perodua Aruz TransBorneo sempat berkunjung ke Rumah Jagaan Anak-Anak Yatim Al-Yakim ketika melalui Sandakan semalam.

Konvoi yang melibatkan enam kenderaan Aruz itu turut menghulurkan bantuan berbentuk wang sebanyak RM5,000 kepada di samping menyediakan makan tengah hari untuk 20 anak yatim dan lima penjaga yang menghuni rumah berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad berkata kunjungan mereka bertujuan untuk memberi sinar dalam setiap kanak-kanak di rumah tersebut.

“Kami mendekati mereka supaya mereka tahu bahawa masih ada yang prihatin dan mengambil berat tentang mereka. Mereka juga umpama keluarga buat kami. Mereka memberi inspirasi kepada kami untuk tidak berputus asa dan sentiasa kuat dalam menempuh apa jua cabaran dan rintangan hidup.

“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang mengutamakan insan, kami berharap agar sumbangan kami ini sedikit sebanyak memberikan manfaat kepada mereka,”katanya.

Sejak dilepaskan 16 Mac lalu, konvoi Perodua Aruz TransBorneo telah merentasi Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Kundasang dan Sandakan sebelum menamatkan pengembaraan di Tawau.

 

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan