Piston.my

5 Sebab Perodua Aruz SUV Popular di Malaysia

 

Perodua Aruz semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia sejak diperkenalkan Januari lalu apabila 14,000 tempahan telah pun di buat dengan 4,000 unit telah pun diserahkan kepada pemilik.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato Zainal Abidin Ahmad berkata pihaknya kini sedang bercadang untuk mngembangkan lagi bahagian pasaran di Malaysia Timur daripada 40 peratus pada masa ini.

“Saya dengan berbesar hati ingin mengumumkan bahawa sejak pelancaran Perodua Aruz pada Januari lalu, lebih 4,000 unit telah diserahkan kepada pemiliknya daripada 14,000 tempahan di seluruh negara setakat ini.

“Sambutan yang menggalakkan daripada rakyat Malaysia telah mendorong kami untuk bekerja dengan lebih keras dalam memperbaiki tempoh masa penghantaran kami dan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada anda,” katanya ketika majlis pelepasan Konvoi Perodua Aruz TransBorneo, hari ini.

Meskipun segmen SUV tujuh tempat duduk memiliki pelbagai persaingan namun ciri-ciri yang dimiliki Aruz menjadikan kereta nasional kedua negara itu kini menjadi semakin popular.

Ini 5 sebab mengapa kami rasa Perodua Aruz bakal terajui segmen SUV di Malaysia:

1) Harga berpatutan

Rakyat Malaysia mampu memiliki sebuah kenderaan SUV dengan harga serendah RM74,900 bagi varian X dan RM79,000 untuk varian AV. Harga kompetitif yang ditawarkan meletakkan Aruz model SUV yang paling murah di pasaran jika dibandingkan dengan jentera keluaran jenama lain didalam kelasnya.

2) Tujuh tempat duduk

Aruz didatangkan dengan tujuh tempat duduk sekaligus antara pesaing terdekat dalam kategori itu adalah Honda BRV dan Toyota Avanza namun kedua-duanya memiliki tanda harga yang lebih tinggi – sekitar RM8+,+++ ke atas.

3) Lengkap dengan ciri keselamatan

Didatangkan dengan enam beg udara dan Kawalan Kestabilan Kederaan (VSC) yang standard bagi semua varian bermakna anda tidak perlu membayar lebih untuk mendapatkan ciri-ciri ini!

4) Jimat minyak

Seperti kenderaan Perodua lain, Aruz adalah Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) – diperakui kerajaan Malaysia – sekaligus menjadi kenderaan dengan penggunaan bahan api paling efisien dalam kelasnya.

5) Reka bentuk bergaya dan praktikal

Aruz memiliki ketinggian 220mm dari tanah lantas memberikan pemandu penghilatan yang lebih jelas dan luas dan pemandu tidak perlu risau kalau cermin sisi menjadi mangsa ‘handle’motosikal yang menyelinap!

 

 

 

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan