Piston.my

Jentera drift Toyota GR Supra Daigo Saito guna enjin 2JZ-GTE 800hp!

Mereka yang meminati dunia sukan permotoran ‘drifting’ semestinya akan mengenali sebuah lagenda dari Jepun iaitu Daigo Saito. Terkenal dengan aksi hebat dan juga beberapa jentera gila kegunaan drift seperti Lamborghini Murciélago, beliau kini tampil dengan satu lagi kereta drift baharu iaitu Toyota GR Supra model 2020.

Model Toyota Supra A90 yang baru sahaja dilancarkan telah mendapat pelbagai maklum balas positif dan juga negative dari pelbagai pihak. Walaubagaimanapun, ia tidak boleh dinafikan sebagai sebuah model ‘sports car’ yang mempunyai reka bentuk dan prestasi menarik. Bagi Daigo Saito dan yang giat menyertai kejohanan D1 GP, beliau inginkan sebuah pakej jentera yang ‘lebih ekstrim’.

https://www.instagram.com/p/BuufGWRAoRE/?utm_source=ig_web_copy_link

Jawapannya? Sebuah enjin lagenda 2JZ-GTE dari generasi Supra sebelum ini yang telah ditala dengan penuh kemahiran (dan kegilaan) dari syarikat pengeluar bahagian prestasi terkemuka dari Jepun iaitu HKS. Hasilnya adalah sebuah enjin 3-liter enam-silinder turbo yang mampu menjana kuasa sebanyak 800hp!

https://www.instagram.com/p/Buv6y8VAazx/?utm_source=ig_web_copy_link

Apa yang lebih menarik adalah pasukan Daigo Saito bersama HKS hanya mengambil masa selama 42 hari untuk mereka bentuk, menghasil, dan melengkapkan jentera Toyota GR Supra 2020 ini! Mempergayakan tajaan utama iaitu Toyota Gazoo Racing, Monster Energy, HKS dan Sunoco, penampilan pertama jentera ini akan berlangsung di kejohanan D1GP All Star Shoot-out Tokyo pada 23 March 2019.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan