Piston.my

Proton Persona 2019 diperkenalkan – tempah dengan hanya RM10!

PROTON telah memperkenalkan model terkini Proton Persona 2019 yang bakal mengambil alih pasaran kenderaan b-segmen di Malaysia. Seperti mana Proton Iriz 2019 telah dilancarkan pada minggu lepas, generasi ‘facelift’ terkini Proton Persona ini telah melalui 303 perubahan kritikal untuk menghasilkan sebuah pakej yang menarik dengan slogan “Intelligence That Cares”.

Model Persona kali ini juga telah melalui pelbagai perubahan ketara dengan mengikuti prinsip dan idea reka bentuk terkini dari pihak Proton. Seperti model Iriz dan juga SUV premium pertama mereka iaitu Proton X70, Persona 2019 juga mempunyai rupa bentuk ‘keluarga’baharu dengan beberapa elemen serupa seperti penggunaan ‘Etherial Bow’, ‘Infinite Weave’, dan sistem audio GKUI.

Proton juga telah menghasilkan sebuah kenderaan yang tampak lebih gagah dan matang jika dibandingkan dengan model-model generasi sebelum ini. Jika Iriz 2019 dikatakan ‘sporty’ dan seimbang, Proton Persona 2019 adalah anggun dan berharmoni.

Sesuai untuk keluarga baharu, Persona 2019 menekankan prinsip keluarga, sambungan teknologi dan juga praktikal. Model premium tertinggi kini dilengkapi dengan unit infotainment 7-inci dengan kebolehan 4G dan Wi-Fi dimana ia juga didatangi dengan kawalan suara, muzik dalam talian, sistem navigasi, kamera pandang belakang dan banyak lagi.

Ruang dalaman juga kini lebih elegan dan juga praktikal dimana terdapat 7 pemegang cawan, ruang simpanan belakang 510-liter, dan tempat duduk belakang yang boleh dilipat 60:40. Terdapat juga ciri-ciri menarik yang lain seperti:

  • Cermin sisi automatik
  • Intelligent Entry dan butang Push Start
  • 3 port USB
  • Remote Trunk Release
  • Lampu besar hadapan automatik

Dari aspek keselamatan, Persona 2019 telah diiktiraf 5 bintang dari ASEAN NCAP melalui teknologi rangka kenderaan ‘Hot Press Forming’ (HPF). Ia juga mempunyai gabungan sistem keselamatan aktif dan pasif seperti tertera di bawah.

Terdapat 4 varian berbeza iaitu:

  • Standard 1.6L MT
  • Standard 1.6L CVT
  • Executive 1.6L CVT
  • Premium 1.6L CVT

Harga masih belum diumumkan tetapi Proton akan mengadakan ‘Online Flash Booking’ dari 12 hingga 22 Mac 2019 dimana mereka yang berminat untuk memiliki sebuah Proton Persona 2019 hanya perlu membayar jumlah tempahan serendah RM9.99 sahaja!

Untuk maklumat lanjut, layari www.proton.com.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan