Piston.my

Toyota Gazoo Racing kembali ke Pulau Pinang hujung minggu ini!

Pada 23-24 Februari 2019, Stadium Batu Kawan di Pulau Pinang akan menjadi tempat tumpuan ramai dimana Toyota Gazoo Racing (TGR) Festival akan menganjurkan pusingan ke-3 mereka acara utama iaitu Toyota Vios Challenge!

Sepanjang dua hari hujung minggu ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk semua ahli keluarga dari pameran model-model baharu keluaran UMW Toyota Sdn bhd, penampilan khas selebriti-selebriti terkemuka tanah air, perhimpunan kelab-kelab kereta Toyota, pesta makanan, konsert mini dan banyak lagi.

Bagi mereka yang mengikuti Toyota Vios Challenge, Stadium Batu Kawan akan bertukar menjadi litar bagi pusingan ketiga mereka dimana 40 pemandu dari tiga kelas berbeza akan berentap untuk kemenangan muktamad.

Kategori Promotional (Selebriti), Sporting (Amatur) dan Super Sporting (Profesional) akan berlangsung dan sudah pasti ramai yang akan berminat untuk melihat artis-artis seperti Diana Danielle, Janna Nick, Nabil Ahmad, Khai Bahar, Akim Ahmad, Mohd Shukri Yahaya, Shawn Lee, Wany Hasrita, Nabila Razali dan Aiman Tino berlumba dalam kategori Promotional.

Menurut Presiden UMW Toyota Sdn Bhd, Encik Ravindran K., “Jika diukur sejak kali pertama kami menganjurkan acara ini pada tahun 2017, sambutan di Stadium Batu Kawan adalah sangat menggalakkan. Kami sangat berbesar hati untuk sekali lagi dapat membawa keriuhan dan kehangatan yang sama hujung minggu ini ke lokasi sama, tentunya dengan lebih banyak daya tarikan untuk semua.”

“Memasuki pertengahan Musim 2 ini, TGR Festival dan Toyota Vios Challenge telah berhasil memberi peluang kepada orang ramai untuk memahami dengan lebih baik, melihat serta mengalami sendiri pembaharuan imej dan falsafah yang dibawa oleh jenama ini melalui slogan All About The Drive,” tambah beliau.

Selain dari Toyota Vios Challenge, para hadirin juga boleh merebut peluang untuk memenangi cenderahati tema perlumbaan dan hadiah-hadiah menarik lain bagi sesi cabutan bertuah. Pertunjukan ‘drift’ dari pemandu profesional Jepun dan jentera 86 Toyo Tyres juga akan berlangsung untuk memeriahkan lagi suasana.

Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan