Piston.my

Mitsubishi Triton 2019 dilancarkan! Dari RM100,200

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah melancarkan Mitsubishi Triton 2019 awal pagi tadi. Generasi terkini trak pikap dari Mitsubishi akan dipasarkan di dalam negara dengan pilihan lima varian berbeza mulai RM100,200 ke RM135,200 (harga atas jalan tanpa insurans).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Encik Tomoyuki Shinnishi, sejarah syarikat dalam membina trak pikap selama 40 tahun telah melahirkan sebuah kenderaan yang tahan lasak dan boleh diharap tapi pada masa yang sama memahami segala kehendak para pelanggan. Generasi kelima Mitsubishi Triton dijangka akan terjual sebanyak 600 unit sebulan atau peningkatan sebanyak 28% jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Dengan konsep ‘Engineered Beyond Tough’, Triton terkini menjanjikan sebuah kenderaan yang bergaya, kuat dan selamat. Empat prinsip utama di bawah prinsip 4Sure Handling untuk melahirkan satu pakej yang lengkap adalah 4Sure Power, 4Sure Control, 4Sure Agility dan 4Sure Safety. Gabungan kuasa, kawalan, ketangkasan dan keselamatan mengesyorkan para pelanggan bahawa Mitsubishi Triton 2019 dibina dengan standard dan prestasi tertinggi.

Ciri-ciri keselamatanyang terdapat pada Mitsubishi Triton 2019 adalah:

  • Forward Collision Mitigation (FCM)
  • Blind Spot Warning dengan Lane Change Assist (BSW & LCA)
  • Ultrasonic Misacceleration Mitigation System (UMS)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Sistem High Auto Beam

Reka bentuk evolusi baharu dengan prinsip Mitsubishi Motors Dynamic Shield memberi sebuah imej yang lebih gagah dan perkasa. Seluruh bahagian badan Triton 2019 telah diubah kepada sesuatu yang lebih moden dan juga mengekalkan gambaran trak pikap yang berkuasa tinggi.

Kelengkapan dalaman juga telah dikemaskinikan untuk memberi keselesaan yang lebih menarik seperti pad lembut di bahagian rehat lengan dan lutut, slot pengecas USB untuk bahagian tempat duduk belakang, ‘air curcilator’ dan banyak lagi.

Dari segi janaan kuasa, generasi kelima Triton menggunakan enjin 2.4-liter MIVEX turbodiesel dengan blok aluminium yang berjaya menghasilkan 179hp dan 430Nm tork maksimum. Segala kuasa dikawal melalui sistem transmisi automatik 6-kelajuan terkini yang memberi prestasi lancar dan menarik.

Mitsubishi Triton 2019 jugs dilengkapi dengan sistem Mitsubishi Motor Super-Select 4WD II yang telah terbukti dalam perlumbaan seperti Dakar Rally. Pilihan mod memandu baharu ‘Off-Road’ melengkapkan mod-mod memandu lain yang sedia ada iaitu Gravel, Mud, Sand dan Rock. Tambahan ciri Hill Descent Control juga menambaikkan lagi kawalan kenderaan ketika memandu di kawasan yang curam.

MMM akan menawarkan lima varian dengan empat pilihan warna menarik dengan harga tertera di bawah:

Setiap pembelian model Triton 2019 akan dipakejkan sekali dengan waranti 5 tahun atau 200,000km. Untuk sebarang maklumat lanjut, layari www.mitsubishi-motors.com.my.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan