Piston.my

Toyota Vios 2019 dilancarkan secara rasmi! Dari RM77,200

UMW Toyota Sdn Bhd secara rasminya telah melancarkan Toyota Vios 2019 untuk pasaran negara. Model Vios generasi baharu ini mempunyai pelbagai penambahbaikkan dari segi reka bentuk, prestasi dan juga kelengkapan luaran serta dalaman untuk peningkatan pengalaman memandu untuk pemandu dan juga para penumpang.

Dengan tagline “As Never Before”, Vios baharu ini mempunyai reka bentuk yang lebih moden dengan kombinasi garisan tajam dan juga aliran anggun yang memberi imej kenderaan yang lebih aerodinamik. Ia dapat dilihat lebih-lebih lagi dengan reka bentuk lampu besar hadapan dengan Daytime Running Lights (DRL) ke bahagian sisi yang lebih ‘sado’ dengan beberapa aliran panel hingga ke lampu belakang kombinasi LED yang lebih kompak jika dibanding dengan model generasi sebelumnya.

Bahagian ruang dalaman telah melalui perubahan yang paling ketara dengan beberapa penambahan dari segi ciri-ciri seperti meter Optitron dengan paparan pelbagai maklumat (MID), sistem ‘smart entry’ dan butang ‘push start’, suis stereng baharu, sistem penghawa dingin digital automatik, sistem perakam video digital (DVR) dan banyak lagi. Ciri paling menarik? Ruang dalaman kabin kini jauh lebih selesa dengan penebat bunyi baharu.

Toyota Vios 2019 juga mempunyai tempat duduk baharu yang direka untuk keselesaan unggul dimana bahagian belakang disediakan dengan ‘armrest’ dengan dua pemegang cawan. Bagi pemandu, cermin pandang belakang ‘electrochromic’ memberi lebih kesenangan memandu lebih-lebih lagi dalam pelbagai keadaan memandu.

Sistem audio dengan skrin sentuh 6.8-inci bersama ciri USB Mirroring, Tuner, HDMI, MP3, Voice Dial, AUX-Jack, Bluetooth dan reverse camera (untuk 1.5E dan 1.5G) memberi anda kebolehan untuk hiburan berkualiti tinggi lebih-lebih lagi dengan enam pembesar suara berkualiti tinggi (empat untuk model 1.5J dan 1.5E).

Dari segi prestasi, Toyota Vios 2019 didatangkan dengan enjin 1.5-liter 4-silinder DOHC Dual VVT-i yang mampu menjana 105hp pada 6,000rpm dan 140Nm tork maksimum serendah 4,200rpm. Segala kuasa dikawal melalui sistem transmisi 7-kelajuan CVT dengan mod ‘Sport Sequential Shiftmatic’ dimana ia juga dilengkapkan dengan ‘paddle shifter’  dan pilihan mod memandu (Sport dan ECO) untuk pengalaman memandu yang lebih ‘sporty’.

Dari segi keselamatan, Vios generasi baharu dilengkapkan dengan ciri-ciri kombinasi 360-T yang merangkumi ‘Safe-T’, Connectivi-T’ dan Guaran-T’ seperti:

  • 7 beg udara
  • Panoramic View Monitor (PVM)
  • Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Front Digital Video Recorder (DVR) baharu
  • Hill-Start Assist Control (HAC)
  • Sensor tempat letak kenderaan
  • Vehicle Stability Control (VSC)
  • Traction Control (TRC)
  • Brake Assist (BA)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Eletronic Brake-force Distribution (EBD)

UMW Toyota menawarkan Toyota Vios 2019 dari RM77,200 untuk varian 1.5J, RM81,200 untuk varian 1.5E dan RM87,300 untuk varian 1.5G (harga atas jalan tanpa insurans). Terdapat lima pilihan warna menarik iaitu Dark Blue Metallic, Red Mica Metallic, Attitude Black, Silver Metallic dan Super White II. Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan