Piston.my

Lamborghini Huracán EVO 2019 dilancarkan dengan 640hp!

Automobili Lamborghini telah melancarkan varian Lamborghini Huracán terkini mereka iaitu Lamborghini Huracán EVO 2019 baru. Kereta sukan super V10 generasi terkini didatangkan dengan kehebatan dan prestasi Huracán Performante yang menggabungkan elemen dinamik generasi dan aerodinamik masa depan.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Automobili Lamborghini, Stefano Domenicali, “Lamborghini berniat untuk mengetuai bahagian tertinggi dalam teknologi dan emosi panduan kereta sukan super. Ini adalah intipati Huracán EVO yang baru. Ia mengambil kebolehan luar biasa Huracán Performante dan menggabungkan kawalan dinamik kenderaan yang canggih untuk memperkuat pengalaman memandu Huracán bagi setiap hari.”

Lamborghini Huracán EVO didatangkan dengan enjin 5.2-liter V10 yang telah dikemaskini untuk menghasilkan kuasa yang lebih tinggi dengan menggunakan injap titanium dan sistem ekzos baharu. Hasilnya adalah 640hp pada 8,000rpm dan 600Nm tork maksimum pada 6,500rpm. Dengan berat kering hanya 1,422kg, Lamborghini Huracán EVO mampu memecut dari 0-100km/j dalam 2.9 saat dan 0-200km/h dalam 9 saat sahaja!

Model terkini dari Lamborghini juga telah disiapkan dengan sistem Lamborghini Dinamica Veicolo Integrata (LDVI) iaitu sistem CPU yang mengawal setiap aspek tingkah laku dinamik kereta, dengan mengintegrasikan sepenuhnya semua sistem dinamik kereta yang mampu menjangka langkah seterusnya dan keperluan pemandu dengan menafsirkan segala input untuk pemanduan sempurna.

Sistem-sistem yang lain juga telah dikemaskinikan untuk satu pakej pemanduan yang paling optimum seperti:

  • Lamborghini Piattaforma Inerziale (LPI) – sistem sensor kawalan pecutan komprehensif dan giroskop
  • Lamborghini Dynamic Steering (LDS) – memberikan respon yang lebih tinggi di sudut sambil memerlukan sudut stereng yang paling rendah (dan juga sistem kawalan stereng tayar belakang)
  • Mod panduan (STRADA, SPORT dan CORSA) dengna kawalan ANIMA

Dari segi reka bentuk, bumper depan baru memberikan kereta yang rendah dan personaliti ganas yang menjamin kecekapan aerodinamik melalui ‘splitter’ depan dengan sayap bersepadu. Pengambilan udara yang diperbesarkan memaparkan bentuk ‘Ypsilon’ yang wujud dalam DNA reka bentuk Lamborghini.

Bahagian sisi Huracán EVO dinamik memaparkan rujukan reka bentuk segi enam Lamborghini di tingkap dan juga reka bentuk roda baru dan sekitar pengambilan udara sisi baru.

Bahagian belakang Huracán EVO merupakan bahagian paling menonjolkan kuasa dan dinamisme yang terletak di dalamnya mencerminkan bahagian belakang terbuka. Sistem kembar sistem ekzos sukan baru boleh dilihat di bahagian bumper belakang kereta. Di hujung atas ekor, spoiler yang terintegrasi menyediakan aliran udara yang lebih baik memaparkan kebolehan aerodinamik kereta.

Warna pilihan Lamborghini untuk model Huracán EVO dipanggil “Arancio Xanto” dan ditawarkan pada harga USD 261,274 untuk pasaran Amerika Syarikat tanpa cukai (dalam RM1,074,097). Kalau masuk Malaysia, semestinya harga lagi tinggi.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan