Piston.my

Program Karakuri MARii dan Perodua sasar peningkatan ekosistem automotif negara

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) bersama Perodua baru sahaja menamatkan Program Karakuri MARii dimana 30 peserta dari 15 syarikat telah dianugerahkan dengan sijil selesai program oleh CEO MARii, Dato’ Madani Sahari.

Menurut Dato’ Madani Sahari, “Industri automotif hanya boleh berkembang apabila terdapat usaha bersama dalam keseluruhan ekosistem automotif. Program MARii Karakuri adalah contoh platform kerjasama yang membolehkan peningkatan ekosistem.”

MARii bersama Perodua telah menganugerahkan tiga anugerah berbeza yang bergantung kepada peratusan peserta iaitu gangsa (60% ke atas), perak (70% ke atas) dan emas (85% ke atas). Semua syarikat yang telahpun mengambil bahagian dalam Program Karakuri MARii ini telah melaporkan peningkatan produktiviti sebanyak 30% secara purata.

Apakah itu Karakuri? Dalam bidang pembuatan dan pengilangan, konsep Karakuri digunakan dalam mengurangkan daya sesuatu kerja dengan mengoptimumkan proses tanpa menggunakan peralatan kos tinggi. Kerja-kerja seperti pemindahan dan pemunggahan disenangkan lagi untuk meningkatkan produktiviti tanpa menggunakan sebarang kuasa lebihan.

Ini berjaya dilakukan dengan menggunakan konsep “Kaizen” dimana semua jenis kerja atau pergerakan boleh dimudahkan dengan idea-idea bernas dan kemudian beralih ke fasa Karakuri dimana pelbagai sistem mekanikal yang murah tanpa menggunakan sebarang tenaga elektrik atau lain-lain boleh digunakan untuk meringankan beban para pekerja.

Hasilnya adalah sebuah kerja yang boleh dilakukan dengan lebih senang, cepat dan efisien yang bakal melahirkan produk-produk berkualiti tinggi dan juga mengurangkan tenaga kerja dalam proses penghasilan. Bagaimana mereka boleh berjaya melakukannya?

Ini kerana proses-proses yang digunakan selama ini telah disenangkan lagi dengan penggunaan teknik automasi yang mengurangkan daya kerja dan pada masa yang sama meningkatkan produktiviti. Barisan pengeluaran di kilang-kilang yanh menggunakan konsep Karakuri turut telah melaporkan peningkatan kecekapan pengeluaran yang lebih kos efektif.

Untuk maklumat lanjut, layari www.marii.my.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan