Piston.my

Perodua Aruz sedia untuk tempahan! Dari RM72,200

Seperti yang telah dinanti-nantikan selama ini, kenderaan Sport Utiliti atau SUV terbaru dari Perodua telah pun tiba dan namanya ialah Perodua Aruz! Model SUV dengan tujuh tempat duduk ini kini dibuka untuk tempahan dengan harga anggaran antara RM72,200 hingga RM77,200 (harga atas jalan tanpa insurans).

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’Zainal Abidin Ahmad, “Perodua Aruz adalah model transformasi keempat kami yang menetapkan piawaian baharu dari sudut kualiti, ruang, kecekapan bahan api dan keselamatan – yangmana ianya telah diperakui denganpenarafan keselamatan 5-bintang oleh ASEAN NCAP. Dengan pelbagai aspek yang dipertingkatkan, Perodua Aruz adalah antara SUV yang menawarkan nilai terbaik di Malaysia.”

Pihak Perodua telah bersedia untuk menerima tempahan sebanyak 2,500 unit setiap bulan atau 31,200 unit bagi tahun 2019. Bagi mereka yang berminat, terdapat dua varian menarik iaitu 1.5X dan 1.5 Advance dimana kedua-dua model menggunakan enjin 1.5 liter empat silinder Dual VVT-i bersama transmisi automatik 4-kelajuan kawalan elektronik (E-AT).

Perodua Aruz juga telah dilengkapi dengan Sistem Melahu Eko (Eco Idle) untuk memberi kecekapan bahan api sehingga 15.6 km/l dimana ia telah diiktiraf oleh kerajaan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Terdapat lima tawaran warna berbeza iaitu Ivory White, Glittering Silver, Electric Blue, Granite Grey dan warna baharu, Amazon Green. Setiap model Perodua Aruz dilengkapi dengan waranti selama lima tahun atau 150,000km.

Ciri yang paling menarik bagi model SUV terkini dari Perodua adalah sistem bantuan pemanduan selamat atau ASA (sistem bantuan pemanduan yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran) yang telah dipertingkatkan lagi iaitu ASA 2.0. Ciri baharu ini merangkumi aspek-aspek seperti:

  • Pengesan pejalan kaki sehingga 50 km/j
  • Amaran Pra-Pelanggaran sehingga 100km/j
  • Sistem Brek Pra-Pelanggaran sehingga 80km/j
  • Kawalan Kesilapan Menekan Pedal(Pedal Misoperation Control)

Ciri-ciri menarik lain yang telah memberi penarafan keselamatan 5-bintang ASEAN NCAP adalah Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC), Bantuan Mula-Daki (HSA), ISOFIX dan enam beg udara. Spesifikasi menarik lain termasuk:

  • Akses Pintar dengan Butang Mula/Henti Enjin
  • Radio skrin sesentuh dengan paparan kamera undur
  • Penghawa dingin digital dengan dua tetapan memori
  • Corong penyaman udara untuk penumpang belakang
  • Rim aloi dwi-tona 17-inci
  • Alat pembaca kad tol terbina dalam
  • Lampu depan LED dengan fungsi ‘Follow-Me-Home’ (Advance sahaja)
  • Lampu kabus (Advance sahaja)
  • Rel bumbung (Advance sahaja)

“Perodua Aruz amat sesuai untuk keluarga dan mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan beraspirasi. Posisi tempat duduk yang tinggi memberikan penglihatan yang baik ketika memandu, manakala ruang yang luas dan susunan tempat duduk yang fleksibel menjadikan model iniserba boleh dan boleh disesuaikan dengan apa-apa aktiviti yang anda ingin lakukan,” tambah Dato’ Zainal.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi mana-mana cawangan jualan Perodua di seluruh negara atau layari www.perodua.com.my.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan