Semakin hari, semakin banyak berita sedih yang kami dengar dan lihat di berita dan juga laman media sosial berkenaan pelbagai jenis kemalangan jalan raya. Volvo Trucks Malaysia dengan kolaborasi bersama Petronas Carigali di Kerteh telah mengambil initiatif dalam mengaturkan dua kempen keselamatan jalan raya.
Hasrat mereka adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko dan mewujudkan pemahaman tentang cara bertindak dengan selamat dalam lalu lintas kepada semua pengguna jalan raya terutamanya kanak-kanak dan juga penunggang.
Dua kempen tersebut adalah “Stop Look Wave” dan “See and be Seen” yang asalnya dijalankan setiap tahun di Sweden telah direka khas untuk menolong kanak-kanak dan juga para penunggang basikal serta motosikal fahami cara-cara untuk bertindak dengan selamat berhampiran trafik.
Dengan tiga langkah mudah iaitu “berhenti dahulu, kemudian melihat dan sedar persekitaran dan akhirnya memastikan mereka juga telah disedari para pengguna jalan raya lain”, kempen ini menawarkan nasihat yang mudah dan mampu menyelamatkan nyawa.
Menurut Pengarah Urusan Volvo Trucks Malaysia, Mitch Peden, “Lebih dari 260,000 kanak-kanak meninggal setiap tahun di dalam kemalangan jalan raya. Melalui kerjasama dengan rakan kongsi tempatan, kami berharap usaha kami untuk memastikan kanak-kanak Malaysia selamat di jalan raya.”
Initiatif “See and Be Seen” pula fokus kepada kesedaran lalu lintas dengan kesedaran bahawa kebanyakan kemalangan jalan raya berlaku diatas sebab faktor manusia seperti kurang daya tumpuan, pemahaman lemah dan salah faham.
Volvo Trucks Malaysia telah merancang aktiviti yang menyeronokkan untuk menunjukkan bagaimana keselamatan dapat ditingkatkan dalam interaksi antara penunggang basikal, motosikal dan pemandu trak dalam mengurangkan risiko kemalangan.
Melalui kedua-dua kempen ini, Volvo Trucks berharap dapat mengurangkan kemalangan dan membuat perbezaan positif kepada kehidupan pengguna jalan raya, bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh dunia. Volvo Trucks aktif menyokong dan bekerjasama dengan komuniti dan organisasi di seluruh Malaysia untuk membantu mempromosikan keselamatan jalan raya. Untuk maklumat lanjut, anda boleh bertanya melalui e-mel Info.volvotrucksMY@volvo.com.