Piston.my

Foton Malaysia lancar pusat 3S + DUA van baharu! Dari RM83,888

Mpire Asia Sdn Bhd (Foton Malaysia) telah melancarkan Pusat Foton 3S yang pertama di dalam negara. Pengumuman rasmi pusat 3S berteknologi canggih ini telah diadakan di Glenmarie, Shah Alam dan dilancarkan oleh Duta Khas Malaysia ke China, YB Tuan Tan Kok Wai. Mereka juga telah lancar dua van komersial baharu iaitu model View C2 dan View CS2 yang mampu membawa 18 penumpang.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat Pusat Foton 3S dan kenderaan komersil terkini mereka, pusat jualan dan servis pertama Foton terletak di:

No.2, Jalan Pemberita U1 / 49,
Taman Perindustrian Temasya,
40150 Shah Alam, Selangor.

Mpire Asia ingin menawarkan pusat perkhidmatan sehenti yang cekap dan efisyen untuk pelanggan mereka dengan mempamerkan keunggulan perkhidmatan dan teknologi terkini yang canggih di pusat 3S mereka. Selain itu, 24/7 FOTON Assist Roadside Assist juga ditawarkan bagi melengkapkan perkhidmatan komprehensif mereka di Lembah Klang.

Pengarah Urusan Kumpulan Mpire, Dato’ Billy Goh berkata, “Sebagai peneraju pasaran di China yang juga merupakan salah satu daripada pasaran yang paling kompetitif di dunia, Foton bersedia untuk menghasilkan kenderaan bertaraf dunia yang relevan dan memenuhi permintaan pelanggan. Oleh itu, saya yakin bahawa kenderaan yang dihasilkan oleh Foton yang dibawa ke Malaysia dijamin memenuhi piawaian, kualiti dan kecekapan bahan api yang tinggi dan serba canggih.”

Sempena pelancaran Pusat FOTON 3S baru ini, Mpire Asia juga telah melancarkan model van terbaru iaitu View C2 4.8 dan View CS2, van sepanjang 6 meter (18 penumpang) untuk pasaran Malaysia.

Perlancaran model kenderaan terbaru Foton View C2 dan Foton View CS2 di Malaysia adalah bertepatan pada masa dimana kenderaan segmen ini bersaing secara kompetitif dan diposisikan secara strategik di dalam pasaran negara.

Model Foton View C2 didatangi dengan 2.8-liter 4JB1T Turbo Diesel yang mampu menjana 93.8hp pada 3,600rpm dan 225Nm serendah 1,800rpm yang memberi prestasi tinggi dan pada yang sama pemanduan ekonomi serta jimat.

Bagi model View CS2 pula, van generasi ke-empat yang mampu membawa 18 penumpang dengan adanya enjin 2.8-liter Cummins ISF diesel yang mampu menjana 147hp dan 330Nm untuk segala jenis muatan berat.

Kedua-dua enjin ini berteknologi canggih, mesra alam, dan mematuhi Piawaian EURO IV. Dari segi keselamatan, kedua-dua kenderaan dilengkapi dengan sistem Brek Anti-lock Bosch 4-Channel terbaru dan sistem Pengedaran Brek Elektronik untuk keselamatan yang lengkap semasa brek kecemasan.

Selaras dengan moto Mpire Group yang mementingkan kecekapan dalam jualan, perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti, Mpire Asia juga menjalin kerjasama dengan 15 pengedar sah di seluruh negara dan menjangka peningkatan kepada 30 pengedar menjelang akhir tahun 2019.

Mpire Asia juga melancarkan talian bebas tol 1300-22-3399 dan perkhidmatan servis pelanggan 24/7 semasa perlancaran tersebut. Para pelanggan digalakkan untuk menghubungi talian ini jika mengalami sebarang masalah.

Model View C2 dan View CS2 akan ditawarkan pada RM83,888 dan RM143,888 (OTR tanpa insurans) dan kedua-dua kenderaan ini akan diberi jaminan 5 tahun atau 150,000km yang mana lebih awal dan menjadi satu-satunya di pasaran dengan tawaran insentif yang menarik.

Mpire Asia akan memberi ganjaran kepada 100 pelanggan pertama seperti GPS percuma, cukai jalan percuma untuk tahun pertama, kamera on-board, perkhidmatan percuma selama 2 tahun atau 50,000km (termasuk buruh dan bahagian yang dibekalkan) dan 4 tayar untuk tempoh 18 bulan pertama.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Mpire Asia Sdn Bhd di talian 03-5567 9858 / 012- 221 9111 atau layari www.fotonmalaysia.com.my.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan