Piston.my

Toyota Vios 2019 dipratontonkan di KLIMS 2018 – Dari RM77,200

Jika anda ingin ke Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018) yang sedang berlangsung di MITEC Kuala Lumpur, anda harus kunjungi ruang pameran Toyota dimana mereka sedang mempamerkan beberapa kenderaan menarik termasuk sebuah Toyota Vios 2019 yang akan memasuki pasaran Malaysia mulai tahun depan.

Dengan reka bentuk yang lebih moden dan juga sedikit agresif seakan Toyota Corolla Altis, Toyota Vios generasi baharu ini telah melalui sebuah evolusi dimana ia akan lebih sesuai untuk golongan rakyat yang lebih muda. UMW Toyota juga turut mempamerkan sebuah Vios 2019 yang berkonsepkan Toyota Gazoo Racing dimana model terkini dalam siri perlumbaan tajaan mereka.

Model varian yang dipamerkan di ruang pameran mereka merupakan varian 1.5G yang merupakan varian tertinggi diikuti selepas varian 1.5J dan 1.5E. Dari segi kelengkapan enjin, Toyota Vios 2019 akan didatangi dengan enjin 1.5-liter jenis empat silinder DOHC Dual VVT-i  yang menghasil kuasa sekitar 104hp dan 140Nm tork maksimum.

Ciri-ciri menarik lain yang terdapat pada varian G ialah:

  • Lampu projector halogen
  • LED Daytime Running Lights (DRLs) dengan fungsi ‘Follow Me Home’
  • Lampu kabus
  • Rim aloi 16-inci
  • Meter instrument 4.2-inci jenis Optitron
  • Sistem DVD-AVX infotainment 6.8-inci
  • Panoramic View Monitor (PVM) 360 darjah

Aspek keselamatan Toyota Vios 2019 juga telah dipertingkatkan dengan:

  • 7 beg udara SRS
  • ISOFIX
  • Hill-start Assist Control (HAC)
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)
  • Front Digital Video Recorder (DVR)
  • Front Collision Warning

Tempahan untuk Vios 2019 telah dibuka dengan harga dari RM77,200 hingga RM87,300 (harga atas jalan tanpa insurans). Terdapat lima pilihan warna menarik bagi ketiga-tiga varian Toyota Vios 2019 iaitu Blue Mica Metallic, Red Mica Metallic, Super White II, Attitude Black dan Silver Metallic. Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my.

Toyota Camry 2019 dilancarkan di KLIMS 2018 – RM189,900

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan