Piston.my

Honda Jazz dan CR-V Mugen Concept dipamerkan di KLIMS 2018

Ada peminat Honda? Suka kepada model Jazz dan CR-V? Jika anda hadir Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018, anda akan dapat melihat dua buah model konsep dari Honda Malaysia iaitu Honda Jazz dan CR-V Mugen Concept yang memberi imej dan rupa bentuk lebih garang dan ranggi.

Dari segi reka bentuk, kedua-dua model konsep Mugen ini menggunakan kit pengubahsuaian luaran kenderaan yang lebih berjiwa ‘sporty’. Ia jelas kelihatan dengan penggunaan bampar hadapan dan sisi menarik bersama logo Mugen yang tertera dengan bangganya.

Selain dari ‘body kit’ konsep dari Mugen, kedua-dua model Honda Jazz dan CR-V konsep Mugen ini juga dipamerkan dengan warna merah baharu ‘Passion Red Pearl’. Warna ini juga boleh didapati pada model Honda HR-V RS yang telah dipratontonkan sebelum ini kepada pihak media (dan juga dipamerkan di KLIMS 2018).

Setakat ini, tiada perubahan dari segi prestasi tetapi jika anda kenali mereka yang bersemangat di Honda dan juga Mugen, tidak mustahil jika terdapat ‘kit’ yang dihasilkan untuk peningkatan prestasi. Buat masa ini, tiada berita jika model-model ini akan dijual di pasaran Malaysia.

Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri model-model konsep gandingan Honda dan Mugen, boleh kunjungi KLIMS 2018 yang diadakan di MITEC Kuala Lumpur mulai hari ini sehingga 2 Disember 2018.

Honda HR-V 2018 sedia untuk tempahan; varian baharu HR-V RS

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan