Piston.my

Ford Ranger generasi baharu dilancarkan! Dari RM90,888

Ford Motor Company bersama Sime Darby Auto Connexion (Ford Malaysia) baru sahaja melancarkan Ford Ranger generasi baharu yang menggabungkan teknologi, aspek keselamatan dan kemudahan terkini bagi para peminat kenderaan trak pikap di dalam negara.

Barisan model Ford Ranger 2019 ini terdiri daripada model XL, XLT, XLT+ Wildtrak dan varian paling menarik, Ranger Raptor. Model baharu Ranger ini juga telah dikemaskinikan dengan sistem Semi-Automatic Parallel Parking (SAPP) dan Inter-Urban Autonomous Emergency Braking (AEB) yang menjadikan model Ranger trak pikap pertama yang mempunyai sistem keselamatan seperbegini.

“Dengan pelbagai ciri termaju dan rangkaian kuasa generasi baru yang mampu menawarkan keupayaan lebih hebat, Ranger pasti dapat meningkatkan lagi tarikannya di pasaran yang sudah sedia kukuh,” kata Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, Truong Kim Phong. “Ranger baharu akan terus membantu merevolusikan segmen trak pikap. Kami bangga kerana begitu ramai pelanggan memilih Ford.”

Varian yang berbeza juga menawarkan prestazi menarik mengikut model dari enjin 2 liter turbo, 2 liter turbo berkembar, dan 2.2 liter Duratorq untuk janaan kuasa yang menarik lagi tinggi untuk segala jenis gaya pemanduan dalam semua jenis keadaan jalan.

Enjin 2 liter turbo yang terdapat pada model XLT+ dan Wildtrak 4×2 bersama transmisi 10-kelajuan pula mampu menjana 178 kuasa kuda dan 420Nm tork maksimum. Bagi model XL dan XLT, enjin 2.2 liter turbo berkembar pula menjana kuasa sebanyak 158 kuasa kuda dan 385Nm tork. Jika anda inginkan lebih kuasa, model Wildtrak 4×4 telah ditala untuk menjana 213 kuasa kuda dan 500Nm tork!

Dari aspek reka bentuk dalaman, ruang kabinnya didatangkan dengan pelbagai bentuk penambahbaikan untuk membantu memenuhi keperluan sepanjang minggu bekerja, hujung minggu, perjalanan yang panjang dan cabaran di laluan lasak. Dengan kemasan permukaan sentuhan yang lasak dan tahan lama, ruang dalaman Ranger yang luas itu mengguna tona berwarna hitam. Elemen kemasan kontras seperti krom dan jahitan benang berwarna perak memberikan ruang ini rasa yang lebih premium.

SYNC®3 pada varian Ranger XLT+ dan Wildtrak adalahserasi dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto. Ia turut hadir dengan ciri Bluetooth dan skrin sentuh warna sepenuhnya bersaiz 8-inci. Varian Wildtrak juga dilengkapi sistem navigasi satelit binaan dalam yang penting apabila Ranger berada di luar kawasan liputan telefon bimbit.

Bumper depan juga termasuk lampu kabus LED baru dengan salur udara tirai yang berfungsi untuk membantu mengurangkan rintangan udara badan. Penggunaan bahan komposit dalam reka bentuk badan kenderaan juga memberi imej dan daya ketahanan yang gagah lagi kuat untuk membawa anda ke mana-mana pengembaraan di dalam negara (dan luar).

Segala reka bentuk generasi baharu Ford Ranger telah dikemaskinikan untuk memberi imej yang gagah, moden dan bersiap-sedia untuk mengharungi pelbagai cabaran di atas jalan raya mahupun ‘off-road’.Spesifikasi menarik yang lain termasuk:

  • Sistem Brek Kecemasan Autonomi Inter Urban (Autonomous Emergency Braking) dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki
  • Amaran dan Bantuan Keluar Laluan (Lane Departure Warning & Assist)
  • Kawalan Meluncur Bolehsuai (Adaptive Cruise Control)
  • Amaran Pelanggaran Depan (Forward Collision Warning)
  • Pengangkat Pintu But (Easy Lift Tailgate)
  • sistem kemasukan tanpa kunci serta butang penghidup enjin (keyless entry and push-start button)
  • Parkir Selari Separa Automatik (Semi-Automatic Parrallel Parking)

Varian Ranger baharu ditawarkan dalam LAPAN varian berbeza pada harga di bawah:

  • Wildtrak – dua varian, dari RM134,888
  • XLT+ – satu varian, dari RM124,888
  • XLT – dua varian, dari RM109,888
  • XL – tiga varian, dari RM90,888

Bagi mereka yang berminat, terdapat lapan warna menarik untuk pilhan anda iaitu Saber (Wildtrak sahaja), warna biru Magnetic dan Biru Cerah (Lightning), selain warna Putih Segar (Cool White), kelabu Meteor (Meteor Grey), Aluminium Metallik,Putih Segar (Frozen White) dan Hitam Pekat (Absolute Black).

Sebagai tawaran untuk yang terawal, seramai 888 pelanggan pertama yang mendaftarkan Ford Ranger baharu  bakal menerima baucar barangan elektrik bernilai RM1,000. Tawaran ini berakhir apabila pendaftaran yang ke-888 diterima atau pada 31 Disember 2018, mana-mana tiba dahulu1.

Selain itu, Sime Darby Auto Connexion akan menawarkan penyelenggaraan percuma selama dua tahun atau sehingga 40,000km, yang mana terdahulu kepada pelanggan Ranger yang berjaya mendaftar sebelum 31 Januari 2019.

Turut menyertai pelancaran Ford Ranger generasi terkini adalah model terunggul mereka iaitu Ford Ranger Raptor 2019 yang telah dipratontonkan kepada pihak media. Bagi mereka yang berminat dengan trak pikap gergasi Ford F-150 Raptor yang laris di Amerika Syarikat, Ford Ranger Raptor 2019 ini mempunyai intipati yang serupa dari segi reka bentuk di dalam pakej yang lebih sesuai untuk gaya pemanduan di Malaysia. Model ini akan dilancarkan bulan depan di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS).

Maklumat lanjut, layari www.sdacford.com.my.

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan