Piston.my

Peugeot 308 THP baharu kini di Malaysia – Dari RM129,888

Pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn Bhd baru sahaja melancarkan model terkini mereka iaitu Peugeot 308 THP. Pelancaran ini telah diadakan sempena pameran Peugeot Motion & Emotion Roadshow yang kini berlangsung di pusat membeli belah 1 Utama, Damansara sehingga 28 Oktober 2018.

Model Peugeot 308 THP ini direka khas untuk mereka yang inginkan sesuatu yang penuh gaya bersama tahap kejuruteraan yang cemerlang dan keseronokan dalam perjalanan seharian. Dengan gaya asli dari Eropah, varian yang telah dikemaskinikan ini lebih maju, moden dan juga  mempunyai pengendalian yang lebih bagus.

Model 308 yang merupakan model Peugeot paling laris di Malaysia telah dipertingkatkan lagi dengan reka bentuk baharu dan rupa yang lebih dinamik. Ini semua dapat dilihat dengan beberapa komponen luaran baharu seperti bampar, bonet dan gril hadapan yang mempergayakan sebuah kenderaan yang moden dan juga premium kepada para pemilik.

Dari segi dalaman, Peugeot 308 THP ini telah dilengkapkan dengan Peugeot i-Cockpit yang memberi pengalaman yang lebih selesa dan ergonomic kepada para pemandu. Dengan stereng kompak dan juga skrin sentuh HD 9.7-inci, gaya pemanduan dipertingkatkan lagi dengan paparan ‘heads-up’, sambungan Mirrorlink, Android Auto, Apple Carplay dan kamera belakang 180 darjah.

Enjin 1.6-liter THP yang menghantar segala kuasa melalui kotak transmisi automatik 6-kelajuan dengan teknologi ‘Quickshift’ mampu menjana 165hp pada 6,000rpm dan 240Nm tork maksimum serendah 1,400rpm. Ia juga mampu memecut sehingga kelajuan maksimum 211km/h dan pada masa yang sama juga mengekalkan jarak perjalanan sejauh 800km bagi setiap isian penuh tangki petrol.

Spesifikasi menarik yang lain termasuk:

  • Mod memandu ‘Sport’
  • Peugeot Hill Start Assist
  • Electronic Stability Program (ESP)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Distribution (EBD)

Terdapat lima pilihan warna bagi varian terkini Peugeot 308 THP iaitu Pearl White, Ultimate Red, Artense Grey, Magnetic Blue dan Nera Black. Untuk maklumat lanjut, layari www.peugeot.com.my  atau singgah di 1 Utama mulai hari ini hingga 28 Oktober 2018 untuk Peugeot Motion & Emotion Roadshow di mana anda boleh menikmati tawaran dan diskaun menarik setinggi RM12,000 bagi model-model Peugeot terkini.

Motosikal Konsep Peugeot P2X Roadster Dan Café Racer Diperkenalkan Di Paris Motorshow

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan