Piston.my

Aiman Tino muncul juara pusing kedua Toyota Gazoo Racing 2018

Pusingan kedua Toyota Gazoo Racing 2018 baru sahaja berakhir hujung minggu lepas dimana Aiman Tino muncul sebagai juara di dalam kategori ‘Promotional Class’. Dengan saingan yang sengit dari pelumba lain, Aiman Tino berjaya memiliki podium kedua berturut-turut selepas melintasi garisan penamat di hadapan Akim Ahmad di tempat kedua dan Naib Pengerusi UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Akio Takeyama di tempat ketiga.

Selebriti tempatan Nabil Ahmad yang juga hadir ketika pelancaran model terkini Toyota Rush 2019 minggu lepas turut meraih tempat keempat dimana mereka berempat memberi perlumbaan yang sangat sengit di litar khas MAEPS, Serdang.

Diana Danielle muncul sebagai pemenang tempat kelima TETAPI naik ke tempat ketiga setelah penalti telah diberi kepada kedua-dua Nabil dan juga Encik Akio Takeyama di hujung perlumbaan.

Di dalam kategori ‘Super Sporting Class’, pelumba-pelumba profesional telah memberi sebuah perlumbaan yang sengit lagi menarik kepada mereka yang hadir untuk menyaksi hujung minggu lepas.

Dengan beberapa kemalangan kecil yang membawa keluar kenderaan keselamatan, Kenny Lee berjaya meraih kemenangan diikuti dengan Brendan Paul Anthony di tempat kedua dan Boy Wong di petak podium terakhir.

Kategori ‘Sporting Class’ juga memberi sebuah persembahan yang menarik dimana Patrick Tam dari pasukan Team Nanoplus melintasi garisan penamat di tempat pertama diikuti dengan Clement Yeo dari pasukan Distintive Model dan Eric Yong dari ST Wangan Racing Team.

Pusingan ketiga Toyota Gazoo Racing akan berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada Februari 2019. Seperti pusingan-pusingan yang lain, terdapat pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga sepanjang minggu perlumbaan dan juga hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi. Untuk maklumat lanjut, layari www.toyota.com.my/tgrmalaysia/.

Toyota Rush 2019 generasi baharu dilancarkan! Dari RM93,000

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan