Piston.my

Volkswagen Fest 2018 kembali dari 12 – 14 Oktober 2018!

Sempena pesta Volkswagen Festival 2018 yang akan berlangsung hujung minggu ini dari 12 hingga 14 Oktober 2018, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan satu siri edisi terhad JOIN khusus kepada mereka yang inginkan sesuatu yang lebih gah dan menyerlah.

Rangkaian JOIN ialah pakej aksesori yang ditawarkan ke atas model-model utama Volkswagen di Malaysia. Aksesori JOIN merangkumi plat sisi, spoiler belakang, kemasan ruang belakang, VW Tint dan pelbagai penambahan eksklusif bernilai sehingga RM12,000 bergantung kepada model.

Menurut Erik Winter, Pengarah Urusan VPCM, “Walaupun model-model utama kami sudahpun popular, kami percaya pelanggan tetap mahukan sentuhan yang eksklusif ke atas kereta mereka. Pengenalan rangkaian JOIN dan model-model edisi khas lain merupakan sesuatu yang sering kami laksanakan dalam usaha memberi pilihan serta nilai tambah kepada para pelanggan.”

Sempena pengenalan rangkaian JOIN, Volkswagen dan Lazada telahpun bekerjasama untuk menyediakan satu tawaran istimewa kepada rakyat Malaysia. Sebanyak 25 unit model JOIN akan dijual secara eksklusif di laman web Lazada bermula 12 hingga 18 Oktober 2018. Pelanggan hanya perlu membayar harga kereta untuk menerima pakej aksesori ‘JOIN’ secara PERCUMA!

Untuk membuat tempahan, pelanggan perlu membuat bayaran sebanyak RM799 (untuk model Polo JOIN dan Vento JOIN) atau RM1,699 bagi model Passat Comfortline JOIN dan Tiguan JOIN menerusi Lazada Wallet, kad kredit atau perbankan dalam talian. Kemudian, mereka akan menerima panggilan daripada wakil Volkswagen untuk memilih pengedar yang diingini, seterusnya melengkapkan urusan pendaftaran dan penyerahan kenderaan tersebut.

Berikut adalah harga-harga model khas dengan aksesori JOIN (harga runcit tidak termasuk promosi, Skim Perlindungan SST, insurans dan yuran pendaftaran):

  • Polo JOIN – RM81,990
  • Vento Comfortline JOIN – RM91,690
  • Vento Highline JOIN – RM98,490
  • Tiguan Highline JOIN – RM175,990
  • Passat Comfortlin JOIN – RM188,690

Seperti yang dikatakan tadi, 25 unit yang dijual melalui Lazada akan menerima pakej aksesori JOIN secara percuma dan 10 unit telah pun dijual sewaktu pelancaran sebentar tadi di Setia City Convention Centre, Setia Alam. Bagi mereka yang berminat, anda boleh layari https://www.lazada.com.my/shop/volkswagen-passenger-cars-malaysia/ untuk maklumat lanjut.

Semua model JOIN turut ditawarkan dengan Skim Perlindungan Harga (PPS) Volkswagen. Ia sah ke atas semua kenderaan Volkswagen yang didaftarkan sebelum 30 November 2018 dan sehingga stok masih ada. Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, di samping jaminan kilang dan bantuan tepi jalan untuk 5 tempoh tahun.

VPCM juga mengambil peluang sempena Volkwagen Fest 2018 untuk melancarkan aplikasi terbaharu mereka iaitu ‘Volkswagen Cares’. Aplikasi mudah alih itu hadir bersama satu senarai cirri berkaitan dengan jualan dan selepas jualan. Ia merangkumi tawaran servis, ganjaran kepada pemilik, video pendidikan, tip kemaskini acara dan bantuan tepi jalan 24 jam.

Mereka yang tidak memiliki kenderaan Volkswagen juga dijemput untuk memuat turun aplikasi mudah alih tersebut bagi mengakses tawaran, kandungan video Volkswagen serta menerima kemaskini tentang acara anjuran Volkswagen melalui notifikasi.

Bagi semua peminat-peminat Volkswagen, anda disyorkan untuk hadir ke Volkswagen Fest 2018 yang akan berlangsung hujung minggu ini (Jumaat & Sabtu, 10 pagi – 12 malam; Ahad, 10 pagi – 10 malam) dimana anda boleh menikmati banyak tawaran eksklusif ke atas model baharu dan yang telah didaftarkan. Terdapat banyak aktiviti menarik untuk seisi keluarga seperti trak makanan, persembahan buskers, tayangan filem dan juga konsert terbuka.

Kereta elektrik Volkswagen terpantas di Pikes Peak?

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan