Piston.my

Mercedes-Benz Malaysia jual 10,143 unit dari Jan-Sep 2018

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) baru sahaja mengumum perkembangan rekod jualan kenderaan premium mereka di dalam di negara dimana mereka telah berjaya mengalami peningkatan sebanyak 16%. Dari Januari sehingga September tahun 2018, sebanyak 10,143 unit kenderaan telah dijual kepada pemilik dari permulaan tahun.

Rekod ini dapat diatasi dengan menempatkan para pemilik kenderaan kontinental pertama di Malaysia di dalam pelbagai aktiviti dan juga kemajuan dalam membina rangkaian, portfolio produk dan pembangunan bakat secara luas.

Dengan 34 pusat pameran di seluruh negara, lebih ramai peminat jenama kenderaan ini dapat memiliki salah satu model Mercedes-Benz berbeza iaitu kelas C, E dan S yang kini dipasang di dalam negara. Sebanyak 6,344 unit dari kelas-kelas ini telah dijual pada tiga suku pertama tahun 2018 dan selebihnya adalah dari kelas yang lebih premium.

Model-model premium kompak seperti kelas A, B, GLA dan CLA telah dijual sebanyak 1,268 unit dan jumlah gabungan model CKD dan juga kompak telah naik sebanyak 21.1%  jika dibandingkan pada waktu yang sama tahun lepas.

Model SUV juga telah mengalami peningkatan jualan sebanyak 3.4% dimana sebanyak 1,960 unit telah pun dihantar kepada pemilik-pemilik baru. Peningkatan yang paling banyak dilalui oleh MBM adalah dari segmen ‘Dream Cars’ (Mercedes-Benz CLS-Class Coupe, the Mercedes-AMG GT C and the Mercedes-Benz E-Class Cabriolet) dimana 570 unit telah didaftar. Jumlah jualan dalam segmen ini sahaja telah mengalami peningkatan sebanyak 40% jika dibandingkan dengan tahun 2017.

Portfolio produk dari MBM juga telah dikemaskinikan lagi dengan pelancaran model-model baru seperti Mercedes-Benz S-Class limosin, S-Class Cabriolet, S-Class Coupe dan Mercedes-Mayback S-Class baru-baru ini. Pengenalan model-model ini memaparkan koleksi yang pelbagai aneka kepada para peminat model S-Class di dalam negara.

Dengan pendekatan yang lebih menitikberat pemilik-pemilik kenderaan MBM di Malaysia, pelbagai aktiviti telah dijalankan untuk meningkatkan lagi rangkaian produk dan juga servis yang ditawarkan oleh MBM. Penubuhan AMG Owners Club Malaysia (AOCM) juga telah dilaksanakan untuk menigkatkan pengalaman dalam memiliki kenderaan berprestasi tinggi kepad para pemilik.

Khidmat selepas jualan juga telah dipertingkatkan dimana sebanyak 109,927 unit kenderaan telah diservis di 31 pusat servis yang terletak di seluruh negara. Peningkatan sebanyak 16% ini juga menunjukkan usaha MBM dalam meletakkan piawaian tertinggi pada indeks kepuasan pelanggan (CSI) yang juga merupakan penanda aras di Asia Tenggara.

Aspek-aspek lain dalam MBM yang telah dipertingkatkan adalah dari Mercedes-Benz Services Malaysia (MBSM) dimana 4 dari 10 kenderaan jenama tersebut dalam Malaysia dibiayai oleh mereka. Mereka telah berjaya dalam sektor ini melalui peningkatan dalam produk-produk kewangan dan juga insurans yang ditawarkan oleh MBSM.

Sejarah MBM di Malaysia selama 15 tahun semakin berkembang dan mereka telah pun menyasar peningkatan jualan dengan mempratonton dua model terbaharu mereka pagi tadi iaitu Mercedes-Benz AMG E 53 dan AMG E 53 Coupe.

Kedua-dua model ini telah dipasangkan dengan enjin jenis 3.0 liter, 6 silinder turbo yang mampu menjana 429 kuasa kuda dan 520Nm tork maksimum. Model E 53 ini mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam 4.4 saat dengan kelajuan maksimum setinggi 250km/j.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mercedes-benz.com.my.

Mercedes-Benz Services Malaysia Perkenalkan Pembiayaan AgilityPlus

A car stirs the soul, a motorbike is the soul. Keshy has been a motoring journalist for over a decade and has written for and founded a number of Malaysian motoring titles including Piston.my, Bikesrepulic.com, Motomalaya.net and other mass media titles.

Artikel Berkaitan